|
Post by john on Jan 29, 2004 13:56:35 GMT 8
bukan nak tunjuk besar tapi org laki ni slalu tak suka "take orders"....diorg nak life diorg dikontrol oleh diri sendiri...aku pernah ada awek dulu, aku slalu tak ikot cakap die, tapi aku tak pernah suruh dia ikut cakap aku....kira adil la...i dont take when i'm not giving..
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 29, 2004 14:57:26 GMT 8
emmm....kalo cam tu elok laa........mesti tak de masalah......
|
|
|
Post by enigma on Jan 29, 2004 15:47:41 GMT 8
haaa.... lagi satu, aku tgk org leleki ni, bile org dah syg kat die, time tu lah nak tunjuk besar kepala. mase mula2 dulu ikut aje cakap.... dia org tu tak ingat ke yg kite pun ade perasaan & harga diri. ape pendat kaum hawa... betul tak? betol..btol..sesangat...masa mula nk dapatkan pompuan tu....ikut jer aper yg pompuan tu nk...tapi bila dah dapat......kita pulak yg kena ikut ckp dia....kadang2 tu....x rasa cam kita couple dgn dia lak.....di suruh wat tu ini.......manalaeh camni.....
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 29, 2004 16:25:31 GMT 8
haaa.... lagi satu, aku tgk org leleki ni, bile org dah syg kat die, time tu lah nak tunjuk besar kepala. mase mula2 dulu ikut aje cakap.... dia org tu tak ingat ke yg kite pun ade perasaan & harga diri. ape pendat kaum hawa... betul tak? aku skg ape yg ko ckp lipur,,,mb kite ni senasib agaknyer....klu nak tnjk ego kite lak,aku x sampai ht coz aku x sampai ht nak sakitkan ht org yg aku syg....
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 29, 2004 16:57:38 GMT 8
aku skg ape yg ko ckp lipur,,,mb kite ni senasib agaknyer....klu nak tnjk ego kite lak,aku x sampai ht coz aku x sampai ht nak sakitkan ht org yg aku syg.... ego??ego ego ah...ego ego ih....epong epong ah...epong epong ih... ego??menatang ape tu...
|
|
|
Post by enigma on Jan 29, 2004 22:21:08 GMT 8
aku skg ape yg ko ckp lipur,,,mb kite ni senasib agaknyer....klu nak tnjk ego kite lak,aku x sampai ht coz aku x sampai ht nak sakitkan ht org yg aku syg.... kite sume x yah nk tunjuk ego.... ckp la sekadar bertegas dgn couple kita....so that diorang x pijak kepala kita.....itu dah cukup....ha lg satu.....kita tak yah nk ego2 ni....merugikan diri sendiri jer.....kita just kene ajar diorang respek kiter jer...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 30, 2004 0:01:18 GMT 8
Pasangan Hidup ---------------------
Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right person for us?"
Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua. Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya.
Benarkah begitu? Entahlah... saya sendiri kurang pasti. Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi. Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti.
Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.
1. Pegangan Agama Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
2. Menyayangi Pasangan Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?
3. Kesihatan Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.
4. Zuriat Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah andaberdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?
5. Kewangan Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenaiwang kocek ataupun elaun. Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.
6. Kerjaya dan Cita-cita Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
7. Kesesuaian Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala "opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.
8. Persefahaman Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!
9. Keluarga Mertua Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.
10. Keperluan Seksual "Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!
Bonus Tip * Sudahkah anda melakukan solat sunat istikharah? Seelok-eloknya lakukan ini sebelum anda masuk meminang ataupun menerima lamaran seseorang.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 30, 2004 3:18:46 GMT 8
haaa.... lagi satu, aku tgk org leleki ni, bile org dah syg kat die, time tu lah nak tunjuk besar kepala. mase mula2 dulu ikut aje cakap.... dia org tu tak ingat ke yg kite pun ade perasaan & harga diri. ape pendat kaum hawa... betul tak? even soalan ni ditanyakan pd kaum hawa...leh tak atok nak mberi pendapat?hrp2 leh..bkn ape..wakil kaum adam.. bg atok..setiap lelaki yg tunjuk besar kepala..maybe die tu panas baran?tak pun..die jenis yg suke enjoy.. byk cara kite nak ambil berat pd si dia..bkn tu je..sbnrnye,dgn wish g.nite...g.luck..tu pun caring gak!
|
|
hangLipur
Junior Student
sentiase cun sepanjang mase
Posts: 123
|
Post by hangLipur on Jan 30, 2004 11:21:10 GMT 8
ye lah atok..... mb atok ok, tapi atok kene ingat tak semua org mcm atok.mungkin atok tak th ape yang nenek rase.cos kadang2 kite perpaksa makan hati coz nak jage hati org lain.yang malang 2, org lain tak pandai nak menghargai perasaan kite. kaum adam rase bangga bile kaum hawa dengar ckp kaum adam,tapi sebenarnye kaum adam th ke ape yg kaum hawa rase? ?? tu semua kaum hawa buat coz nak jaga hati kaum adam.... tapi kaum adam? ?mase ni diaorg nak amik kesempatan..... pijak kepala.
|
|
|
Post by john on Jan 30, 2004 12:05:15 GMT 8
tu semua kaum hawa buat coz nak jaga hati kaum adam.... tapi kaum adam? ?mase ni diaorg nak amik kesempatan..... pijak kepala. jgn tuduh melulu....tak sume kaum adam ni sama.... kaum adam bukan apa...mmg naluri dan fitrah dia utk mempunyai kuasa dan menunjukkan kuasanya itu...bukan nak pijak kepala...this is what ppl say it comes naturally, never meant to take advantage upon their love ones..
|
|
|
Post by enigma on Jan 30, 2004 12:13:19 GMT 8
it such a good aRticle strider... harap 2 sape yg bercouple dan bercadang nk kawin tu pay attention.........
|
|
hangLipur
Junior Student
sentiase cun sepanjang mase
Posts: 123
|
Post by hangLipur on Jan 30, 2004 12:43:36 GMT 8
mmg betul la bkn semua kaum adam cam tu.... i hope kaum adam kat iic tu not like that ok. warga iic kan OK semua nye..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 30, 2004 15:21:55 GMT 8
mmg betul la bkn semua kaum adam cam tu.... i hope kaum adam kat iic tu not like that ok. warga iic kan OK semua nye.. harap2 mcm tu la lipur...tp,balak aku yg b'masalah tu bdk iic gak...camne yea...
|
|
|
Post by enigma on Jan 30, 2004 15:46:14 GMT 8
mmg betul la bkn semua kaum adam cam tu.... i hope kaum adam kat iic tu not like that ok. warga iic kan OK semua nye.. OK camana tu cik lipur? leh teranngkan sket tak...
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 30, 2004 15:48:27 GMT 8
OK camana tu cik lipur? leh teranngkan sket tak... aku rase die perli kut...
|
|