Post by LaNgSuIr on Nov 22, 2003 14:58:27 GMT 8
AS'KUM
adab adab di jalan raya
Kesopanan Bermula Dengan Anda
Walaupun anda mungkin tidak dapat menghalang pemandu lain daripada merasa tertekan di jalan raya, anda mungkin dapat melegakan ketengangan mereka jika anda memandu mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Namun begitu, anda sebagai pemandu mestilah tidak berasa tertekan. Amalkan langkah-langkah berikut untuk mengekalan ketenangan semasa memandu:
Sebelum memulakan perjalanan:
Kerosakan kereta adalah punca utama ketegangan. Pastikan kereta anda dalam keadaan yang memuaskan.
Rancang perjalanan terlebih dahulu. Jika anda merancang untuk melalui lebuhraya baru, pandulah dengan berhati-hati untuk membiasakan diri.
Bertolak awal untuk memulakan perjalanan jauh.
Pastikan anda berada dalam keadaan selesa ketika memandu. Betulkan tempat duduk, cermin and aras penghawa dingin dan juga stesen radio kesukaan sebelum memulakan perjalanan.
Semasa dalam perjalanan:
Patuhi hadlaju yang ditetapkan.
Untuk perjalanan yang jauh, berhentilah berehat setiap dua jam atau 100km.
Berehatlah jika mengantuk atau terganggu penumpuan di jalan raya.
Sentiasa bertenang walaupun terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
Bersikap tolerasi terhadap pemandu lain walaupun mereka tidak mengikut peraturan jalan raya.
Berterima kasih kepada pemandu lain dengan melambai mereka sambil tersenyum.
Mohon maaf jika anda membuat kesalahan kepada pemandu lain untuk mengelakkan pergaduhan.
Amalan-amalan di atas amatlah mudah untuk diamalkan. Kekalkan sikap bertenang dan bersopan-santun di jalan raya untuk perjalanan yang lebih selamat dan menyeronokkan.
Tip Pemandu Berhemat
Adalah sangat mudah untuk menjadi seorang pemandu yang berhemat. Amalkan tip-tip berikut supaya anda sentiasa selamat di jalan raya:
Amalkan:
. Memberi penumpuan yang penuh kepada jalan raya
. Mematuhi hadlaju yang ditetapkan
. Berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah dan ternampak tanda berhenti
. Sentiasa jarakkan kereta dengan kereta di hadapan
. Gunakan isyarat sebelum membuat pusingan atau memotong
. Memberi laluan kepada pejalan kaki
Elakkan:
. Mengekori kereta di hadapan dengan rapat
. Memecut apabila lampu isyarat bertukar kuning
. Menyalahgunakan hon
. Membuat gerak isyarat yang tidak sopan kepada pemandu lain
. Menghalang pemandu lain dari memotong
. Terganggu penumpuan akibat berbual dengan penumpang, berbual dengan telepon bimbit, mendengar radio, makan dan sebagainya.