|
Post by cuak_mengganas on Jan 27, 2004 22:45:11 GMT 8
kalau hanya menggunakan syampoo tu bukan merubah rambut bang...tu cuci...abis kalau pokai d pakai syampoo tu ko agak boleh lurus ke....teknik rebonding pun mesti takde effect punye..... rambut ko lurus x...
|
|
MysTeRy
Junior Student
BeWaRE OF My EyES...!!!
Posts: 153
|
Post by MysTeRy on Jan 29, 2004 1:16:07 GMT 8
pernah wa terdengar tentang meluruskan rambut juga berdosa walaupun menggunakan teknik rebonding mahupun sekadar menggunakan syampoo je....maksud wa seorang itu rambutnye kerinting pastu nak luruskan dikire merubah bentuk gak tu...hukumnye berdosa....kalau salah, salah la wa...sesungguhnye yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari wa endiri.... mengubah bentuk sesuatu pada jasad adalah haram...buak sahaja meluruskan rambut malah membuang tahi lalat,membuat pembedahan plastik dan yang paling dilaknat menukar jantina...orang yang mengubah bentuk kejadian tuhan adalah golongan orang tak bersyukur...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 29, 2004 1:44:45 GMT 8
mengubah bentuk sesuatu pada jasad adalah haram...buak sahaja meluruskan rambut malah membuang tahi lalat,membuat pembedahan plastik dan yang paling dilaknat menukar jantina...orang yang mengubah bentuk kejadian tuhan adalah golongan orang tak bersyukur... betul..atok sokong!sorila sape yg terasa..sesiapa yg buang tahi lalat tu..leh atok tanya..kenapa buang tahi lalat tu?kan pemanis..
|
|
|
Post by enigma on Feb 28, 2004 20:33:35 GMT 8
Assalamualaikum,
1) Gelang kaki adalah merupakan perhiasan untuk kaum wanita. Apa jenis perhiasan sama ada dipakai ditangan atau dikaki, dileher atau badan adalah harus. Rantai atau gelang kaki bukan suatu yang baru. Tetapi telah dipakai sejak zaman sebelum Islam, Al Quran ada menyebut mengenai gelang kaki. Harus diingat bahawa Islam menyuruh wanita- wanita khususnya para isteri berhias. Tetapi tidak boleh dizahirkan kecuali yang lazimnya kelihatan. Perhiasan wanita hanya boleh dizahirkan kepada suami dan muhrimnya saja.
Firman Allah S.W.T surah An-Nuur ayat 31:- Maksudnya: "Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menutup pemandangan dan menjaga kehormatannya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka selain dari yang biasanya nyata kelihatan. Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka hingga ke leher dan dada mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa suami mereka, anak- anak mereka, anak-anak suami mereka, saudaranya, anak saudaranya, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan mereka dan perempuan- perempuan mereka atau hamba sahaya mereka, atau orang yang mengikut mereka, di antara lelaki yang tiada mempunyai shahwat kepada perempuan, dan juga kepada yang belum ingin melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kaki mereka supaya dapat diketahui orang perhiasannya. Bertaubatlah kamu sekelian kepadaNya hai sekelian orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan."
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 29, 2004 2:56:50 GMT 8
atok dgr gelang kaki yg ade loceng,tak elok dipakai oleh kaum hawa yg beragama islam..sbb mcm hindu!
|
|
|
Post by kiasannaluri_cute on Feb 29, 2004 11:37:36 GMT 8
sy pun ada dgr gelang kaki yg ada loceng tak braep elok di pakai.
|
|
|
Post by samuraiX on Mar 2, 2004 11:26:50 GMT 8
Assalamulaikum.... aurat sering menjadi isu dan perdebatan masa kini.aurat seorg wanita seluruh badan kecuali kedua tapak tangan dan juga muka.sesungguhnya wajah dan tapak tangan sudah mengambarkan apa yg tersirat pada kite.Tak caya!ask the expert,klu tak takkan apabila lelaki tu datang meminang,dibolehkan melihat tapak tangan dan muka sahaja.Jadi,takpayah tunjuk2 apa yg tersirat tu.Sesungguhnya hanya yg berhak sahaja yg boleh melihat segalanya
|
|
titaniya
Junior Student
DaRe tO bE DifFeRenT
Posts: 105
|
Post by titaniya on Apr 23, 2005 18:36:20 GMT 8
Sebuah Seloka: "KITA DAN AURAT(I)" Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata terpandang kaki tersandung
Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen. Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi cuba elakkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung menggoda hati, Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Yang baik bolehlah anda ikuti, Kalau boleh besok mulai.
|
|
titaniya
Junior Student
DaRe tO bE DifFeRenT
Posts: 105
|
Post by titaniya on Apr 23, 2005 18:37:13 GMT 8
Wanita Acuan AL-Quran > >wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman >Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT >Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu >Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala >Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya >Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar >Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu > >Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya >Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya >Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya >Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung >Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang >Bersifat Jembalang > >Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya >Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga >Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga >Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam >Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta >Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan >Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat > >Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya >Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah >SAW serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah >Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara >Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya > >Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa >Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca >Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir >Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan >Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan >Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan > >Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati >Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat >Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga >Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki > >Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona >Dengan Buaian Dunia >Kerana Dia Mengimpikan Syurga >Di Situlah Rumah Impiannya >Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT. > >Semoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran..... >
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 6, 2005 2:10:30 GMT 8
wanita bleh pakai minyak wangi..tp dgn niat nak elak baru ucuk..tp memadai lah pakai tu!jgn sampai 1 batu pun..org dpt bau!
|
|