1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila
dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia
untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak
sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan
tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan
dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang
paling romantik untuk memikat hati sorang
gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu
di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang
dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,
jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan
bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-
pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan
dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.