Hal Rumahtangga...
Assalamualaikum...
1.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas.Biar apa yang dikatakannya
masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.Sambil tu otak suami
kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan
bijak serta prihatin.
3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri
anda
lebih baik dan canggih dari emak anda.
4.Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I
thought
wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak,
masak,
mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari
awak
juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak
sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak,mengemas,membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati
isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan
suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri.
Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat,
janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best
dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu
datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat
dilipat,permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja
(bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan
ni,semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia
rela
nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan perempuan kedekut, itu
bodoh
awak sendirilah).
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila
dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang,simpan
balik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam
tu?
Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan
tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri. You all memang dengki!
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh.Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi
mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik,jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti,
siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran
sebelah
rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri
nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri
diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai.Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah
mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang
dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu
isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan
suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu
suami
pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang
ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau
isteri tak nak balas,salah awaklah kawin dengan perempuan kepala batu).
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
pompuan
ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai
dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser
kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap
masaalah hati dan perasaan orang perempuan dgn enteng sahaja. Kalau
kaum
isteri ni mogok, awak juga yang RUGI..