|
Post by enigma on Dec 9, 2004 10:35:19 GMT 8
hihiih...a'a kan enigma...atok nih...mana aci... takpa..nanti kita kenekan dier plak..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Dec 18, 2004 0:35:50 GMT 8
takpa..nanti kita kenekan dier plak.. tak baik saling kena mengenakan
|
|
|
Post by enigma on Dec 27, 2004 17:43:36 GMT 8
ye la..ye la...orang memain jer..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2004 15:34:25 GMT 8
takpa..nanti kita kenekan dier plak.. takpe..atok tak takut!
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2004 15:35:10 GMT 8
tak baik saling kena mengenakan thanks..
|
|
|
Post by enigma on Dec 30, 2004 17:46:14 GMT 8
aDa ApA dGn AdAm??
Ya, ada apa dengan Adam? Adam mewakili kaum lelaki. Adam juga nama seorang seorang nabi; manusia pertama ciptaan tuhan. Sebutan namanya mampu mengetarkan jiwa seorang Hawa yang diciptakan untuknya. Wujudnya Hawa untuk Adam. Dalam kewujudan itu tercipta satu cinta yang tiada tandingan. Sanggup meninggalkan nikmat hidup di syurgawi lantaran desakan si pencinta. Dicampak ke bumi, bertemu semula selepas beratus-ratus tahun lamanya terpisah. Ya, memang mereka ditakdirkan bersama hanya kerana Cinta.
Tetapi, apa itu cinta? Tidak ada sesiapa yang mampu melarikan diri daripadanya. You can run but you cannot hide! Love is not something that you can avoid. Its human nature to fall in love... Sometimes it comes when you least expected it. Inikan manusia sekejam Adolf Hitler juga pernah jatuh cinta.
Magik! Ya, mungkin juga. Tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menghuraikannya. Albert Einstein, Benjamin Franklin dan Thomas Edison juga tidak mampu menghuraikannya dengan teori-teori sains mereka. Cinta satu perasaan yang bukan untuk dihuraikan. Ia adalah satu metafora keindahan yang wujud di dalam satu ruang antara sedar dan tidak sedar. Ia bukan mimpi tapi realiti namun persisnya seperti fantasi. Segala-galanya indah dikala dilamun cinta. Biarpun dia bukan Richard Gere, tetapi ada saja tentang dia yang mengingatkan kamu tentang pelakon berambut kelabu itu!
2 pemerintah empayar Rom jatuh cinta pada seorang wanita yang sama. Cleopatra; nama wanita yang gah di eranya. Kerana cinta juga dia sanggup mengorbankan nyawa. Love is blind. Yes it is!
Kecewa bercinta bukanlah alasan untuk tidak mencari pengganti mengisi ruang hati yang kosong. Jatuh cinta juga bukan satu pilihan yang boleh dibuat-buat. Di saat terlihat wajahnya, tiba-tiba jantung bagai terhenti seketika. Perut mula rasa memulas-mulas. Air peluh mula bercucuran di muka. Semua jadi serba tak kena. Jelingan matanya sudah cukup untuk membuatkan kamu rasa seperti melayang-layang dihembus angin walaupun ketika itu tidak ada angin pun yang bertiup. Sahabat karib saya pernah berkata; If someone makes your heart bonding, then you are in love!
Filem Indonesia yang sedang meletup-letup di pawagam pada hari ini juga berkisarkan cinta. Kisah remaja yang dilamun cinta namun masing-masing punya ego yang jadi benteng memisahkan mereka berdua. Ia adalah satu paduan cerita yang sangat menarik. Pergolakan cinta dan persahabatan. Konfrontasi antara dua jantina. Lelaki dan wanita. Adam dan Hawa...
Jika bercakap tentang cinta tentunya ia berkaitan 2 makhluk bergelar Adam dan Hawa berkasihan. Mungkin pada hari ini ia berlainan. Mungkin 'Adam dan Adam' atau 'Hawa dan Hawa'. Mengapa harus terjadinya begitu ya? Adakah perasaan benci yang jadi katalisnya? Adam mula membenci Hawa dan Hawa menghindari Adam. Namun perasaan cinta itu harus diisi. Ah, biarkan saja kalau ia luar tabii. Pelik... tetapi itulah hakikatnya yang berlaku pada hari ini.
Kalau dahulu lelaki yang memulakan langkah pertama to approach a girl. Hari ini berbeza. Wanita lebih radikal daripada lelaki. Isu "perigi cari timba" bukan persoalannya lagi. Yang penting, peluang yang terbuka itu harus cepat-cepat direbut. Kalau lambat nanti dikebas orang. Diri sendiri juga yang merana. Seperti lirik sebuah lagu; Jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama, dia diambil orang... Di dunia hari ini, segala tindakan harus diambil dengan cepat. Jangan biarkan peluang keemasan berlalu; kelak menggigit jari. Eventhough its quite drastic, but its worth it! Kata Forest Gump; Life is like a box of chocolate, youll never know what you gonna get...
Wanita jadi lebih berani kerana lelaki. Wanita menjadi lebih daring dan adventureous kerana lelaki. Wanita menjadi seorang wanita juga kerana lelaki. Wanita adalah ibu, kakak, adik, makcik dan nenek kepada seorang lelaki. . Sahabat lelaki juga wanita. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita. Kedua-duanya saling memerlukan. Jangan cuba diubah hukum alam ini. Jangan dicabar ketentuan tuhan. Jangan pula dikurangkan jumlah lelaki yang semakin berkurangan dengan menambahkan bilangan wanita di muka bumi dengan mencalit lipstick di bibir, memakai kasut tinggi dan menokok mana yang patut di sana sini.
Kepada kaum Adam, jadilah seorang lelaki. Insan yang bergelar khalifah, pemimpin, ketua keluarga, suami, ayah, kekasih, dan juga sahabat kepada seorang wanita. Kerana wanita memerlukan seorang lelaki di dalam hidupnya. Ia fitrah manusia walaupun adakalanya timbul persoalan Ada apa dengan Adam... ?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 31, 2004 1:03:17 GMT 8
insyaallah,atok dlm golongan diantara tu..
|
|
|
Post by enigma on Dec 31, 2004 16:50:49 GMT 8
Luahan Hati Wanita... Untuk Insan Bergelar Lelaki...
Terlalu sukar untuk meluahkan rasa hati terhadap lelaki. Begitu payah utk menyatakan hasrat hati. Begitu kelu lidah untuk mengucapkan apa yang kami rasa terhadap lelaki. Kami tidak mengharapkan terlalu banyak dari lelaki, yang paling penting kasih sayang dari lelaki yang dikasihi. Kesanggupan lelaki untuk memelihara kebajikan dan maruah kami. Kami benci lelaki yang terlalu khayal dengan kecantikan luaran wanita, lupa akan kecantikan itu hanya bertahan sekejap sahaja. Kami bukan barang hiasan untuk dinilai sebegitu rupa, kami insan yang diciptakan Allah untuk menghiasi hidup lelaki.
Perhiasan kami bukan emas dan permata, tapi akhlak dan budi untuk menyenangkan hati lelaki. Mengapa lelaki sekarang begitu buta untuk melihat itu semua. Ramai wanita dipinggirkan kerana tidak mempunyai rupa paras menawan sedangkan yang cantik jelita dipuja-puja. Adakah semurah itu penilaian lelaki terhadap wanita?
Wahai lelaki, mengapa begitu mudah mengeluarkan kata-kata kesat. Sakitnya hati kami bila mendengarnya. Siapa tahu dalammnya parut hanya sepatah kata-kata kesat. Bukankah lelaki tahu betapa jiwa kami terlalu lembut, mudah tersentuh. Mengapa selalu lupa bila berkeadaan marah. Mengapa? Mengapa? Kami tidak mahu dilayan seperti lelaki, juga seperti insan terpinggir.
Walaupun kehadiran kami dalam hidup lelaki adalah untuk berbakti kepada lelaki, tapi usah diri kami dipandang remeh. Ingatlah tanpa kami takkan lahir lelaki bijak pandai dan ternama, takkan ada pejuang dan perwira. Hidup lelaki akan sepi tanpa kehadiran kami. Setiap hari di dada akhbar banyak cerita terpampang, kisah kehormatan wanita dicabuli, penderaan, dan macam-macam lagi. Membuatkan kami takut pada lelaki. Beginikah sikap lelaki terhadap wanita hari ini, bagaimana hendak kami sandarkan kepercayaan untuk membela maruah kami. Sungguh sedih mengenangkan maruah kami dikoyak koyak kan... seumpama cebisan kertas yang dipandang tanpa nilai.
Ramai lelaki hari nie suka menabur janji-janji kosong untuk mendapatkan kasih sayang dari kami. Setelah dapat apa yang diingini, semua janji janji terbang melayang-layang entah kemana. Tinggalkan kami dalam keadaan pengharapan. Mengapa kami diperlakukan begini. Apa salah kami?
Maaf kiranya, luahan ini mencabar ego lelaki. Bukan niat untuk membangkitkan kemarahan di jiwa lelaki, tapi sekadar menyedarkan sebahagian lelaki yang belum sedar sedar. Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia ini pasti mendapat balasan dari Allah kelak.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Dec 31, 2004 21:17:08 GMT 8

fahami lah kami yg bergelar wanita..
|
|
|
Post by enigma on Jan 3, 2005 16:37:27 GMT 8
kalau lah mereka betul2 memahami.....alangkah indahnya dunia ini...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 3, 2005 16:58:54 GMT 8
fahami lah kami yg bergelar wanita.. susah utk kaum adam memahami kaum hawa ni sbnrnye..krn kaum hawa ni byk memendam..
|
|
|
Post by enigma on Jan 4, 2005 18:27:00 GMT 8
kekadang ader faedah nyer memendam tu.....mana lah tahu kalau seseorang wanita itu memendam tuk menjaga rumahtangganya....
|
|
MysTeRy
Junior Student
BeWaRE OF My EyES...!!!
Posts: 153
|
Post by MysTeRy on Jan 8, 2005 0:52:52 GMT 8
kalau lah mereka betul2 memahami.....alangkah indahnya dunia ini... kalau lelaki dan wanita saling memahami sepenuhnye memang la tiada sengketa...tapi kalau dah tiada sebarang sengketa mana datangnya ujian dari Allah...walaupun ujian dari-Nya datang dalam pelbagai cara tapi tidak saling memahami juga adalah sejenis dugaan dari tuhan...setiap apa yang terjadi tentu ada hikmah disebaliknya...tak perlu untuk dipertikaikan lagi... wallahu`alam...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 10, 2005 15:08:12 GMT 8
kalau lelaki dan wanita saling memahami sepenuhnye memang la tiada sengketa...tapi kalau dah tiada sebarang sengketa mana datangnya ujian dari Allah...walaupun ujian dari-Nya datang dalam pelbagai cara tapi tidak saling memahami juga adalah sejenis dugaan dari tuhan...setiap apa yang terjadi tentu ada hikmah disebaliknya...tak perlu untuk dipertikaikan lagi... wallahu`alam... betul tu...
|
|
|
Post by enigma on Jan 13, 2005 12:35:10 GMT 8
kalau lelaki dan wanita saling memahami sepenuhnye memang la tiada sengketa...tapi kalau dah tiada sebarang sengketa mana datangnya ujian dari Allah...walaupun ujian dari-Nya datang dalam pelbagai cara tapi tidak saling memahami juga adalah sejenis dugaan dari tuhan...setiap apa yang terjadi tentu ada hikmah disebaliknya...tak perlu untuk dipertikaikan lagi... wallahu`alam... ye lah...kalo sumenyer dah saling memahami.....x adventure la hidup kiter nih...sumernyer kiter dah tahu pasal pasangan kiter tuh....tul tak...so...takde ruang utk kiter berbincamg ttg diri masin2...dan mungkin gak x de ruang utk memperbaiki diri....
|
|