Post by atokENSEM on Dec 15, 2003 20:46:18 GMT 8
hehehe...betul!!!!! ;D mcm mane last die?ok...mcm ni!
EPISODE 480 ( Akhir )
Claudia ingin membunuh sesiapa saja yang ingin merampas pistol daripadanya. Dia sakit hati kerana Angelo tidak mahu menerimanya malah memilih Yna. Angelo berkata yang Claudia menyayanginya kerana dia adalah anak Simon. Angelo kemudian membandingkan bagaimana layanan Claudia terhadap Lia adalah lebih buruk daripadanya. Kemudian Lia memberitahu yang dia masih menyayangi Claudia sebagai ibunya walaupun mendapat layanan berat sebelah. Claudia juga membenci Amor kerana merampas segala kuasa dan kekayaannya. Eduardo mempertahankan Amor. Dia mengaku rasa bersalah kerana menerima perkahwinan yang ditetapkan oleh ibunya dan Mayor Zalameda walaupun sebenarnya dia tidak mencintai Claudia. Dia cuba ingin menjadi ayah yang baik kepada Angelo walaupun dia bukan suami yang baik kepada Claudia. Yna kemudian bertanya mengapa Claudia sangat membencinya. Claudia pun memberitahu yang dia benci keturunan miskin seperti Yna kerana ia mengingatinya akan asal usul keturunannya dahulu. Yna pun mempertahankan haknya bahawa dia belajar erti kehidupan dari kemiskinannya. Kemudian Yna pun memujuk Claudia yang Claudia masih mempunyai kebaikan kerana dia masih ada rasa kasih terhadap Angelo. Dia pun berkata yang Claudia masih mempunyai ruang untuk bertaubat asalkan dia sanggup menerima kenyataan yang wang dan kuasa bukanlah segalanya. Claudia sedar apa yang dicakapkan oleh Yna adalah benar lalu melutut meminta maaf. Dia lalu memohon ampun kepada Tuhan dan Maria Amor (Sebenarnya Maria Amor adalah anak Claudia). Claudia seolah ternampak roh Maria Amor sedang memandang memaafkannya dengan senyuman. Kemudian polis pun sampai lalu menggari Claudia.
Semasa perbicaraan mahkamah, Claudia mengakui bersalah merancang penculikan Yna. Dia kemudian dihukum penjara seumur hidup. Sebelum dipenjarakan, dia sempat meminta maaf daripada Amor dan Yna. Amor kemudian memberinya abu mayat Maria Amor.
Eduardo kemudian melamar Amor menjadi isterinya. Amor bercadang untuk hidup secara sederhana. Dia membahagikan hartanya kepada orang yang disayanginya, kepada Betty Mae yang kini menjadi CEO syarikat Powers, setiausahanya Debra, pembantunya Rufo, sahabat baiknya Lourdes, Belen, Pacita dan Doray, Puring Lorenzo dan Fatima, dan selebihnya diserahkan kepada anaknya Yna. Amor juga ingin menguruskan institusi dermawan, begitu juga Yna. Amor ingin menumpukan minatnay terhadap melukis.
Selepas lima tahun, segalanya berubah dengan baik. Buku Bengie tentang Buenavista telah dilancarkan dan Belen membuka sebuah kedai. Flerida dan Kit telah graduate dari kolej. Puring masih mengingati Maria Amor dan Errol masih seorang wartawan media. Diego menang undian gabenor Puntaverde dan semua orang sukakannya. Lia sudah meninggal dunia meninggalkan seorang anak bersama Jonathan. Jonathan dan anaknya sentiasa melawat Claudia di penjara. Betty Mae cuba membahagikan masanya untuk bekerja dan bercinta. Amor dan Eduardo hidup secara bersederhana di sebuah tempat yang terpencil manakala perkahwinan Angelo bersama Yna semakin bahagia. Kerana cinta yang mendalam, Simon kembali kepada Claudia dan mengahwininya di penjara. General pula berhasrat untuk meninggalkan negara itu kerana Galaxy Power tidak lagi sama tanpa Amor. Seorang rakannya bertanya kenapa dia berminat terhadap Amor. Dia pun memberitahu kerana dia banyak berhutang budi terhadap emak Amor.
TEXT