Neo
Junior Student
Posts: 52
|
Post by Neo on Oct 4, 2003 20:29:59 GMT 8
i don't know sepatah haram pun what's ur point
|
|
|
Post by turtle on Oct 8, 2003 8:28:21 GMT 8
dia tanya camner nak blaja lar tuh LOL
|
|
|
Post by chief on Oct 8, 2003 10:51:28 GMT 8
Macam mana nak studi? Nak studi memang senang sangat. Tapi yang susah ialah nak dapatkan hasil studi tu. Maksudnya, studi tapi tak dapat apa-apa.
Walau apa pun, kena mulakan dari yang paling asas.
1. Mesti ada bahan yang nak dibaca (nota, buku..) 2. Bahan tersebut mesti cukup (padat, bernas..) 3. Bila baca, mesti faham, cuba fahamkan apa yang dibaca. 4. Macam mana kalau tak faham? Tanya kawan, tanya lecturer. 5. Lepas faham, buat nota ringkas (point-form). 6. Sekali sekala (atau banyak kala) berdiskusi dengan rakan. 7. Banyak buat latihan (practice make perfect!) 8. Bila dah dekat exam, hafal nota ringkas tadi. 9. Jangan tinggalkan sembahyang. 10. Masa studi, kena fokus, fikiran jangan merewang.. 11. Berikan tumpuan dalam kelas, nanti bila baca balik, akan mudah faham. 12. Jangan bergaduh dengan lecturer, nanti ilmu tak berkat.. 13. Sekurang-kuranyanya, studi 4 (EMPAT) jam sehari..
Masalah utama pelajar yang studi: 1. Nota tak cukup. 2. Nota curi kawan punya (macam mana nak berkat?) 3. Hanya baca tapi bukan mentelaah. 4. Faham tapi tak ingat. 5. Tak berusaha nak mengingat fakta. 6. Fikiran tak tenteram (banyak masalah politik dunia..) 7. Studi dalam suasana yang tak sesuai 8. Terlalu banyak masalah 'jiwang' dalam jiwa 9. Tak pernah tengok contoh soalan exam. 10. Kawan makan kawan 11. Putus cinta masa nak exam..
Ingat sasaran anda >>>> CGPA 3.5 ke atas!
|
|
|
Post by chief on Oct 8, 2003 11:06:32 GMT 8
Take care of your brain!
Kita studi supaya kita boleh jawab semua soalan dalam exam. Betul tak? Tapi kenapa kita ingat dan faham masa studi, tapi lupa dan keliru masa exam?
Jawapannya ialah pada daya ingatan pelajar semua
Jadi pelajar kena pastikan otak sentiasa jernih, tajam dan bersih untuk mampu mengingat dan berfikir semasa exam.
Jangan buat sesuatu yang boleh melemahkan daya pemikiran pelajar semua. Contoh: 1. melihat najis 2. melihat benda-benda tak senonoh (faham?) 3. kerap minum jus buah-buahan berwarna hijau 4. melihat er.. ehem sendiri.. 5. kerap melihat ombak di pantai 6. hidu benda-benda busuk
Selamat studi.. exam dah dekat!
|
|
|
Post by azehri muhamad on Oct 8, 2003 11:11:53 GMT 8
Setuju sangat dengan Chief...
Tambah sikit; 1. berusaha dan bertawakal... 2. Sentiasa ingat, kita yg menentukan masa depan kita..samada menjadi seseorang yg berjaya atau gagal..
Salamz....
|
|
|
Post by chief on Oct 8, 2003 11:23:48 GMT 8
Setuju sangat dengan Chief... Tambah sikit; 1. berusaha dan bertawakal... 2. Sentiasa ingat, kita yg menentukan masa depan kita..samada menjadi seseorang yg berjaya atau gagal.. Salamz.... Betul tu.. Kolej sudah perkenalkan sistem mentor-mentee. Semua pelejar ada mentor, semua lecturer ada mentee. Pelajar patut gunakan sepenuhnya sistem ini untuk kebaikan sendiri. Jumpa mentor anda dan dapatkan bimbingan, panduan, atau apa saja (kecuali $$$). Tapi Chief ada dengar, mentor yang kelam-kabut mencari mentee, tapi mentee buat 'dunno' jer.. Malang sungguh kalau macam tu. Kalau tak suka mentor sendiri, jumpa lecturer subjek masing-masing. Kalau tak suka lecturer sendiri, jumpa kaunselor. Kalau kaunselor pun tak suka, jumpa naqib atau naqibah group usrah. Kalau tak suka naqib/naqibah, jumpa ACAD Manager. Kalau tak suka ACAD Manager, jumpa CEO. Kalau semua dah tak suka jugak, naik ke hostel tingkat tujuh dan sila buat satu terjunan gaya bebas..
|
|
|
Post by CLEO_aries on Oct 8, 2003 11:48:56 GMT 8
Salamz... rajin-rajinlah mengaji Al-Quran ok! AKAN KAMI PERLIHATKAN KEPADA MEREKA KELAK BUKTI-BUKTI KEBENARAN KAMI DI SEGENAP PENJURU - DUNIA - INI DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI SEHINGGA JELASLAH KEPADA MEREKA BAHAWA AL-QURAN ITU ADALAH BENAR. (MAKSUD SURAH FUSHSHILAT - AYAT 53)
bersatu... *CLEO_aries* teguh... ;D
|
|
|
Post by CLEO_aries on Oct 8, 2003 12:04:17 GMT 8
Jadi pelajar kena pastikan otak sentiasa jernih, tajam dan bersih untuk mampu mengingat dan berfikir semasa exam. Jangan buat sesuatu yang boleh melemahkan daya pemikiran pelajar semua. Contoh:1. melihat najis 2. melihat benda-benda tak senonoh (faham?) 3. kerap minum jus buah-buahan berwarna hijau4. melihat er.. ehem sendiri.. 5. kerap melihat ombak di pantai 6. hidu benda-benda busuk jus buah-buahan warna hijau, melemahkan daya pemikiran? saya inginkan kepastian tentang fungsi warna atau rasa yang mempengaruhi daya pemikiran seseorang itu... terima kasih... p('-')q menanti... *CLEO_aries* pasti...
|
|
|
Post by chief on Oct 8, 2003 14:29:24 GMT 8
jus buah-buahan warna hijau, melemahkan daya pemikiran? saya inginkan kepastian tentang fungsi warna atau rasa yang mempengaruhi daya pemikiran seseorang itu... terima kasih... p('-')q menanti... *CLEO_aries* pasti... Itu Chief dengar masa ceramah agama. Contoh jus buah-buahan hijau ialah jus belimbing, jus epal dan yang sebangsa dengannya. Jus buah-buahan ialah perahan airnya (intipati kulit buah), bukan isinya yang dimakan. Bukan maknanya tak boleh minum, tapi kurang digalakkan bagi orang yang sedang memerlukan kekuatan otak untuk melakukan sesuatu - misalnya pelajar yang mahu exam. Penjelasan saintifiknya Chief tak pasti, sebab yang cakap tu ustaz jadi Chief terus percaya tanpa usul periksa. Tapi agaknya sebab tulah lembu yang makan rumput hijau tu tak pernah lulus exam! ;D
|
|
|
Post by CLEO_aries on Oct 8, 2003 14:56:52 GMT 8
Salamz... Dear Mr. Chief... TQ!... True... *CLEO_aries* in the end...
|
|
|
Post by azehri muhamad on Oct 8, 2003 15:55:23 GMT 8
Assalamualaikum... Saya taklah genius...tp ini cara saya masa study dulu:
1. Kakak2 saya masuk U, saya pun nak masuk juga (tak nak kalah) 2. Minat dengan benda yg dipelajari (saya minat Sains dan Ekonomi, Alhamdulillah A1) 3. Belajar 4 jam sehari. 4. Buat semua contoh kertas exam... 5. Jgn lupa tanggungjawab pada ibu bapa 6. Makanlah kismis/ kurma banyak2 7. Minum air kacang soya 8. Jgn tinggal suruhan agama. 9. Tak merokok 10. Berdoa dan bertawakal pada Allah 11. Sebelum exam, minta reda ibu bapa dan minta tolong mereka doakan kejayaan kita...
Wassalam...
|
|
|
Post by ikan_emas on Oct 8, 2003 19:06:48 GMT 8
Saya taklah genius...tp ini cara saya masa study dulu: 1. Kakak2 saya masuk U, saya pun nak masuk juga (tak nak kalah) 2. Minat dengan benda yg dipelajari (saya minat Sains dan Ekonomi, Alhamdulillah A1) 3. Belajar 4 jam sehari. 4. Buat semua contoh kertas exam... 5. Jgn lupa tanggungjawab pada ibu bapa 6. Makanlah kismis/ kurma banyak2 7. Minum air kacang soya 8. Jgn tinggal suruhan agama. 9. Tak merokok 10. Berdoa dan bertawakal pada Allah 11. Sebelum exam, minta reda ibu bapa dan minta tolong mereka doakan kejayaan kita... yang baik boleh ambik, yang x baik kite buang jer ok! time kasihlaah br. azehri tabik lah kat br. ni...... bangga aaa!! susah nak dapat anak melayu kacukkan jawa cam dia nih.... hehheee soweee ek! gurau-gurau manja jerr br.
|
|
|
Post by labortarymouse on Oct 8, 2003 19:08:28 GMT 8
macam mana nak study? terpulang kepada individu... tapi yang penting score MALAYSIAN STUDIES... tak gitu Cheif??? walalallaa.... TEXT
|
|
|
Post by chief on Oct 8, 2003 19:24:56 GMT 8
OKlah 'tikus makmal'.. Nanti score A dalam Malaysian Studies, boleh? InsyaAllah boleh!
|
|
|
Post by mujahid on Oct 8, 2003 19:32:54 GMT 8
salam,
hi seronoknya kat sini. excuse me, camner boleh tau bro. saiful tu MELAYU kacukan jawa....? hensem kan? cayyalahhh br. saiful...
terima kasih kepada mereka yang berkongsi pendapat dan pengalaman.
Jadikan menuntut ilmu ini sebagai amalan dan hobi. ikhlaskan dalam menuntut ilmu, ikut perintah Allah dan rasul SAW, taat kepada ibubapa, hormat guru dan kawan2. Insha-Allah boleh berjaya dengan cemerlang....
Selamat maju jaya dalam exam nanti. dan jaga kesihatan.
Oklah. mujahid sibuk... nak masak.... NAK masak apa malam NI?
wassalam.
Teman Mujahid
|
|