|
Post by enigma on Dec 23, 2004 9:30:45 GMT 8
baper kali ko nak pos daa...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 24, 2004 12:41:48 GMT 8
wa silap da.....wa ari bulan pun dah tak tau...sbb asyik dok kat matahari jer.....bulan 12 da.....wuwuwuw.. kesilapan amat lah dikesali.....harap maaf...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 24, 2004 12:48:10 GMT 8
ye lar..selagi diri masih teraser kecik..
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 26, 2004 21:58:23 GMT 8
hmmm..penyakit atok dah dtg dah....bosan tul..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 27, 2004 14:44:19 GMT 8
hmmm..penyakit atok dah dtg dah....bosan tul.. penyakit ape?
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Dec 31, 2004 21:15:44 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2005 0:36:50 GMT 8
oo...abistu nak watpe lg!?
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Jan 9, 2005 15:36:55 GMT 8
posting ar benda yg mmbuka minda tok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 10, 2005 15:12:12 GMT 8
posting ar benda yg mmbuka minda tok.. buka minda?kat thread lain atok dah sumbangkan da..tp kat thread ni idea zero..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 10, 2005 15:13:02 GMT 8
Takrif Solat
Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:
"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. Syarat wajib solat: 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal
Syarat sah solat: 1. Suci badan dari dua hadas. 2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya. 3. Menutup aurat. 4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya) 5. Yakin masuk waktu solat. (nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat: 1. Keluar/kedatangan hadas. 2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa. 3. Makan/minum walau sedikit. 4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat). 5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah). 6. Terkena najis yang tidak dimaafkan. 7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja. 8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. 9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. 10. Meninggalkan rukun solat.
Waktu-waktu Solat Fardhu: Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut: 1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. 2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. 4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. 5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.
Perbuatan sunat sebelum solat: 1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu. 2. Iqamah. 3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.
Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab: 1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari. 2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah. 3. Ketika matahari di tengah-tengah langit. 4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam. 5. Ketika masuk matahari.
[Kembali ke atas]
--------------------------------------------------------------------------------
Rukun Solat
Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru). 6. Iktidal dengan tama'ninah. 7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah. 8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. 9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. 10. Duduk dalam Tasyahhud akhir. 11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir. 12. Membaca salam 13. Tertib.
Huraian rukun solat: (i) Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akhbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul ihram dan lalu hatinya berkata: Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala
(ii) Takbiratul Ihram, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain.
(iii) Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.
(iv) Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Rukun al-Fathihah tidak diwajibkan untuk makmum dalam solat berjemaah.
(v) Rukuk, berserta tama'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Doa tasbih ketika rukuk ialah:"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."
(vi) Iktidal. Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tama'ninah. Doa tasbih ketika iktidal ialah: "Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya."
Kemudian disambung pula dengan bacaan: "Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."
(vii) Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Anggota sujud ada 7: 1. Dahi 2. Dua tapak tangan 3. Dua lutut 4. Dua perut jari kaki Doa ketika sujud ialah:"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"
(viii) Duduk di antara dua sujud dan tama'ninah. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak boleh dipanjangkan. Doa tasbih ketika sujud ialah:
"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku." (ix) Tahiyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah."
(x) Duduk ketika tahiyyat akhir.
(xi) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; "Allahumma-solli 'ala Muhammad."
(xii) Salam pertama. Sekurang-kurangnya salam: "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu."
(xiii) Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah.
[Kembali ke atas]
--------------------------------------------------------------------------------
Sunat Hai'ah & Ab'adh
Perkara-perkara sunat semasa solat ada dua: 1. Sunat Hai'ah 2. Sunat Ab'adh
Sunat Hai'ah ada 15 perkara: 1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan) 2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat. 3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:
"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
4. Membaca A'uzubillah 5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan 6. Membaca amin selepas fatihah 7. Membaca surah al-Quran 8. Membaca tasbih ketika rukuk 9. Membaca tasbih ketika rukuk 10. Membaca tasbih ketika sujud 11. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk 12. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya 13. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri 14. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir 15. Salam yang kedua
Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 1. Tahiyat awal. 2. Selawat didalam Tahiyat awal 3. Duduk Tahiyat 4. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir. Doa qunut ialah:
"Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau. Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan."
5. Selawat di dalam qunut 6. Berdiri semasa qunut 7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi; manakala tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.
atok..
|
|
|
Post by PoKai B on Jan 30, 2005 23:38:37 GMT 8
buka minda?kat thread lain atok dah sumbangkan da..tp kat thread ni idea zero.. wa nak "menyumbangkan" ...hawhawhawhaw
|
|
|
Post by enigma on Feb 1, 2005 18:00:44 GMT 8
atok dah pon menyumbangkan aper yg patut disumbangkan...
|
|
|
Post by PoKai B on Feb 6, 2005 12:52:36 GMT 8
atok dah pon menyumbangkan aper yg patut disumbangkan... ker dia mmg dah "sumbang"? hawhawhawhaw.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2005 17:29:09 GMT 8
ker dia mmg dah "sumbang"? hawhawhawhaw..... astarfirallah al azim bdk gemuq ni..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2005 17:31:55 GMT 8
atok dah pon menyumbangkan aper yg patut disumbangkan... ye ke?for example..
|
|