|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 20:04:02 GMT 8
Mahkamah Syariah: Pelajar kolej mengaku berkhalwat Oleh Amir Mamat
MELAKA: Seorang pelajar perempuan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, kerana berkurung dengan pasangannya dalam sebuah rumah sambil menonton video lucah.
Pelajar terbabit, Nurhayati Abd Rahman, 20; dari Taman Sri Maju, Jalan Johor, Pontian mengaku tinggal sebumbung di rumah itu bersama seorang lelaki, Ahmad Fadzil Mohd Yusoff, 23, dari Jalan Lumpit 14, Taman Teratai, Johor Bahru.
Mereka mengaku salah bersekedudukan dalam sebuah rumah di Jalan Seroja 1, Taman Maju, Jasin, 10 Februari lalu, di hadapan Ketua Hakim Syarie, Mohamad Ibrahim, semalam.
Pendakwa Syarie, Mohd Zakir Darus, berkata hasil maklumat orang awam pada tarikh berkenaan, beberapa penduduk dan polis yang diketuai imam Taman Maju Jasin, Mahmud Safar, mengadakan pemeriksaan di rumah yang didiami tertuduh kira-kira jam 12.45 malam.
Katanya, ketika di tempat kejadian, pintu rumah itu didapati tertutup.
Selepas diketuk beberapa kali, pintu itu baru dibuka pasangan berkenaan.
“Selepas pemeriksaan dilakukan, pasangan ini mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan, sama ada suami atau isteri mahupun ikatan yang sah dari segi syarak,” katanya ketika membacakan fakta kes berkenaan.
Berikutan itu, mahkamah mengenakan hukuman denda RM1,500 atau enam bulan penjara ke atas Ahmad Fadzil mengikut Seksyen 53 (1) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 dan RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Nurhayati mengikut Seksyen 53 (2) enakmen yang sama.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh itu menjelaskan denda berkenaan.
Ketika mengemukakan rayuan, Ahmad Fadzil yang baru memulakan kerja di sebuah agensi, di sini tidak berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan Nurhayati sebaliknya dia mengaku cuma berkawan saja dan tidak lebih dari itu.
Serentak itu, tertuduh memohon mahkamah meringan hukuman kerana selain baru bekerja, dia turut menanggung anggota keluarganya yang ramai.
Nurhayati pula menyatakan bahawa dia bertaubat dan menyesal dengan perbuatannya itu selain berjanji tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
“Saya sudah melakukan solat sunat taubat dan kini benar-benar sudah menyesal,” katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 21:35:54 GMT 8
Nasihat bagi mereka yang mengeluarkan wang dari bank
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai yang ingin mengeluarkan wang tunai pada jumlah yang besar dari institusi kewangan supaya lebih berahsia dan ditemani bagi mengelak daripada menjadi managsa rompakan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan mengingatkan sedemikian, sambil menyatakan perompak berpengalaman mampu menghidu mangsa dengan hanya melihat gerak-geri mangsa.
Beliau menambah, kebanyakan rompakan di luar bank berlaku akibat sikap tidak peduli dan tidak peka dengan keadaan sekeliling sehingga 'membiarkan' diri mereka diperhati oleh perompak atau pemerhati (penyubahat) bagi perompak.
Terdapat juga kes di mana wang sebanyak RM40,000 hanya disimpan di dalam sampul surat dan diletak di atas atau di bawah kerusi hadapan kereta.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa kanak-kanak semasa pergi ke bank kerana perompak boleh mengambil kesempatan.
Tips
Jangan tergopoh-gapah pergi ke mesin ATM di lokasi yang anda tidak biasa. Tinjau persekitaran dan pastikan anda berada di kawasan yang selamat Sebaik-baiknya, gunakan ATM yang terletak di kawasan yang diterangi cahaya dan berada di kawasan yang sibuk, seperti berhampiran jalan utama di mana terdapat ramai pejalan kaki dan kenderaan adalah banyak Sekiranya anda mengesyaki seseorang yang berhampiran, elakkan daripada terus menggunakan mesin ATM tersebut Lindungi skrin ATM semasa memasukkan nombor PIN dengan badan. Perompak mungkin boleh membaca pergerakan tangan atau jari anda. Jika anda rasa diri anda diekori selepas mengeluarkan wang, cuba camkan orang atau kenderaan tersebut dan teruskan perjalanan anda ke tempat yang terang atau dikunjungi orang ramai, atau pergilah ke balai polis berhampiran.
|
|
gaban
Senior Student
Posts: 249
|
Post by gaban on Feb 20, 2004 22:08:14 GMT 8
atok nak jd edisi siasat ker??? atau nak jd master....up lebih nie...wakwakkawkaw
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 22:14:58 GMT 8
atok nak jd edisi siasat ker??? atau nak jd master....up lebih nie...wakwakkawkaw keje edisi siasat tu..keje org lain..itu bkn keje atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 4:01:13 GMT 8
Diganggu kapal berhantu
“MATI aku!” Cuma perkataan itu mampu terpacul dari mulut Saifulnizam. Dia melompat meninggalkan kawannya Osman yang tidur nyenyak di jeti itu. Jatuh tergolek kerana ketakutan yang amat sangat tidak menghalangnya untuk memboloskan diri dari pangkalan bot itu.
Tercungap-cungap nafasnya ketika di tebing sungai. Semangat kelelakiannya tercabar pada malam itu. Terasa longlai sendi dan reput urat sarafnya. Tak kuasa dia menoleh ke belakang. Seram dan menakutkan!
Sambil menggigil ketakutan, Saifulnizam membaca ayat suci al-Quran. Mulutnya terketar-ketar melafazkan surah Allah itu.
Walaupun ketakutan, dikuatkan semangat menoleh ke belakang. Macam tidak percaya, apa yang dilihatnya tadi sudah ghaib! Dia menenyehkan matinya beberapa kali, yang kelihatan hanya sungai dan rimbunan pokok bakau.
Dia teringatkan Osman yang bersendirian di jeti. Bergegas semula dia ke jeti kerana bimbangkan keselamatan kawannya. Apabila sampai, Osman masih berdengkur.
Keras
Setelah Osman terjaga dari tidur, Saifulnizam menceritakan apa berlaku. Beriya-iya dia meyakinkan rakannya, tapi Osman buat muka bodoh saja.
Sambil menyelitkan rokok di bibir, Osman terus mendengar apa yang diceritakan Saifulnizam. Sekadar ambil hati... sebenarnya Osman dapat mengagak apa dialami Saifulnizam.
“Takut? Sebenarnya aku pernah mengalami peristiwa seperti mana kamu ternampak tadi. Itu dulu, tapi sekarang tiada lagi.
“Kawasan sungai ini memang keras. Mereka yang baru menjejak di sini akan diuji pelbagai peristiwa ganjil dan pelik. Itu sebagai tanda perkenalan ‘penghuni’ di sini,” Osman memberitahu Saifulnizam mengenai kejadian malam itu.
Pada malam itu, Saifulnizam dan Osman membuat keputusan bermalam di jeti di kuala Sungai Semeling untuk memancing. Sungai itu tidak jauh dari Kampung Semeling di Sungai Petani, Kedah.
Saifulnizam yang tinggal di Kuala Ketil cukup berminat memancing. Pada malam itu dia ingin menguji kebolehannya menjinakkan ikan di sungai itu. Bagaimanapun, pada malam berlaku kejadian menyeramkan itu, dia berasa mengantuk.
Disebabkan matanya semakin layu, dia membiarkan Osman mengawasi joran. Malam masih muda, baru jam 9 malam. Sebaik badan direbahkan di pangkin, Saifulnizam terus terlelap. Lena diulit mimpi.
Entah macam mana, dia terjaga. Ketika itu suasana hening dan sepi, tetapi cuaca cerah diterangi sinaran purnama. Dipanggulnya kepala dan ternampak sebuah bot nelayan menyusuri sungai menuju ke muara.
Dia tidak ambil kisah. Anggapannya mungkin bot itu menuju ke laut untuk menangkap ikan. Namun, tidak berapa lama selepas bot terbabit hilang dari pandangan, Saifulnizam terdengar sesuatu.
Dia terdengar air bagaikan berombak dirempoh suatu benda besar. Pandangannya difokuskan di sekitar jeti. Tiba-tiba muncul sebuah kapal dagang purba meluncur laju ke arahnya.
Bentuk kapal itu seperti kapal Si Tanggang. Tanpa seorang pun kelasi di atasnya, tapi bergerak laju. Terdengar dahan pokok bakau patah riuk dirempuh kapal tidak berpenghuni itu.
Ketika Saifulnizam panik melihatkan kejadian itu, kapal berkenaan semakin hampir ke jeti. Dia dapat menggambarkan nasibnya menjadi mayat jika dirempuh kapal yang muncul entah dari mana itu.
Secara tiba-tiba keberaniannya mengatasi kepanikan. Dia segera melompat meninggalkan pangkalan diperbuat dari kayu bakau itu. “Ini bukan kapal biasa tapi kapal hantu!” bisik hatinya.
Sebaik sampai di tebing sungai, dia menoleh ke arah jeti. Tiada apa berlaku. Menghairankan! Ke mana hilangnya kapal itu?
“Menurut cerita orang tua-tua, pada masa dulu kuala sungai ini pernah menjadi tempat berlabuh kapal pedagang. Pergaduhan hingga mengorbankan nyawa antara pedagang yang ingin memonopoli hasil dagangan sering berlaku di situ.
“Walaupun sehingga ini pelbagai kejadian pelik pernah berlaku di sungai ini, tapi belum ada perkara tidak diingin berlaku di kalangan penduduk,” kata Osman memberitahu Saifulnizam ketika mereka bersarapan pagi di rumah Osman keesokan hari.
“Betul ke kamu tidak nampak kapal yang mahu merempuh kita malam tadi? Aku bukan nak mereka-rekakan cerita. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri... hee seramnya!” Saifulnizam masih belum dapat melupakan peristiwa dialaminya.
“Betul, aku tidak nampak. Aku orang lama di sini, ‘mereka’ dah meluat tengok muka aku,” balas Osman berseloroh.
Beberapa hari sebelum peristiwa menyeramkan itu, Osman dan Saifulnizam mengalami pelbagai kejadian aneh. Apa yang dibuat serba tak kena. Ada saja halangan!
Suatu hari, bot yang pernah digunakan untuk menahan pukat buat hal. Puas mereka menghidupkan enjin, tapi gagal berfungsi. Hampir empat jam berusaha menghidupkannya, barulah bot boleh digunakan.
Selesai menahan pukat, mereka memancing. Bukan saja ikan tidak dapat, tapi tali sering tersangkut. Lebih menghairankan, terasa habuan tersangkut di mata pancing, tetapi putus apabila ditarik.
Saifulnizam terasa pengalamannya bertahun-tahun memancing tercabar. Dicuba di tempat lain pun mengalami kejadian sama. Bengang dan bosan! Akhirnya mereka pulang dengan tangan kosong.
Sumpah seranah
Dalam hatinya berbuku dengan sumpah seranah. Pun begitu, disandarkan harapan kepada pukat yang dipasang. Minta-minta berbaloi rezeki akan diperoleh. Rayu hatinya meredakan kemarahan.
Keesokannya, mereka menaiki bot ke tempat pukat yang ditahan itu. Alangkah terkejutnya, pukat yang pasang koyak rabak di sana sini. Macam dibaham spesies ikan yang besar.
Selain itu, pada malam sebelum munculnya ‘kapal dagang’ itu, rakan karib terbabit diuji kejadian tidak kurang hebatnya ketika memasang pukat di sungai.
Ketika pukat dilabuhkan ke air, Saifulnizam terdengar permukaan air berkocak kuat seperti kumpulan ikan menyambar makanan. Apabila disuluh, tidak ternampak seekor ikan pun. Sungai mengalir tenang.
Sejurus kemudian, kelihatan sungai berombak serta mengeluarkan gelembung udara di permukaan air. Serentak itu, terdengar suara perempuan mengilai. Diperhatikan di persekitaran, dahan pokok bakau berkocak seperti ada sesuatu yang menggegarnnya.
Enjin bot segera dihidupkan lalu meluncur mendapatkan Osman yang membantunya memasang pukat tidak berapa jauh darinya. Osman diajak pulang kerana Saifulnizam takut dengan ‘usikan’ itu.
Sampai di jeti, Saifulnizam berasa sangat mengantuk. Tidak sempat dia bertanyakan Osman mengenai kejadian yang berlaku sebentar tadi.
Itulah urutan peristiwa dialami Saifulnizam sebelum dikunjungi kapal dagang buatan orang zaman dulu yang belum pernah dilihat sepanjang usianya mencecah 30-an.
“Kalau kamu datang lagi ke sini, insya-Allah tidak akan berlaku kejadian seperti itu. Memancinglah sepuas-puas kamu,” Saifulnizam tersenyum mendengar kata-kata Osman pada hari meninggalkan kampung itu untuk pulang ke Kuala Ketil.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 29, 2004 4:31:23 GMT 8
.:: Kenapa Manusia Menjadi Kafir ::.
Faktor Yang Menyebabkan Manusia Menjadi Kafir & Meninggalkan Agama Mereka, Yaitu: Sikap Yang Berlebihan Kepada Orang-orang Shaleh Oleh: Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab
Firman Allah ’Azza wa Jalla (artinya):
”Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas (yang telah ditentukan Allah) dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar…” (An-Nisa’: 171)
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari, tafsiran dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma mengenai firman Allah Ta’ala (artinya):
“Dan mereka (kaum Nabi Nuh) berkata: ‘Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, dan (terutama) janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq maupun Nasr’.” (Nuh: 23).
Ia mengatakan: “Ini adalah nama-nama orang shaleh dari kaum Nabi Nuh. Tatkala mereka meninggal, syaitan membisikkan kepada kaum mereka: “Dirikanlah patung-patung pada tempat yang pernah diadakan pertemuan di sana oleh mereka, dan namailah patung-patung itu dengan nama-nama mereka.” Orang-orang itupun melaksanakan bisikan syaitan tersebut, tetapi patung-patung mereka ketika itu belum disembah. Hingga setelah orang-orang yang mendirikan patung itu meninggal dan ilmu agama dilupakan orang, barulah patung-patung tadi disembah.”
Ibnu Qayyim (Abu ‘Abdillah: Muhammad bin Abu Bakr bin Ayyub bin Sa’d Az-Zur’i Ad-Dimasyqi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Seorang ulama besar dan tokoh gerakan da’wah Islamiyah; murid Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Mempunyai banyak karya ilmiyah. Dilahirkan th. 691 H (1292 M) dan meninggal th. 751 H (1350 M) mengatakan: “Banyak kalangan salaf yang berkata: ‘Setelah mereka itu meninggal, orang-orang pun sering mendatangi kuburan mereka, lalu membikin patung-patung mereka; kemudian, setelah masa demi masa berlalu, akhirnya disembahlah patung-patung tersebut’.”
Diriwayatkan dari ‘Umar bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Janganlah kamu berlebih-lebihan memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji (‘Isa) putera Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah ‘Abdullah wa Rasuluhu’ (Hamba Allah dan Rasul-Nya).” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jauhilah oleh kamu sekalian sikap berlebihan, karena sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah menghancurkan umat-umat sebelum kamu.” (HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma).
Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Binasalah orang-orang yang berlebihan tindakannya.” (Beliau sebutkan kalimat ini sampai tiga kali)
Kandungan tulisan ini:
-Bahwa orang yang memahami bab ini dan kedua bab berikutnya, akan jelas baginya keterasingan Islam; dan akan melihat betapa kuasa Allah itu untuk merubah hati manusia. -Mengetahui bahwa mula pertama syirik yang terjadi di muka bumi ini adalah karena sikap yang tidak benar terhadap orang-orang shaleh. -Mengetahui apa yang pertama kali diperbuat orang-orang sehingga ajaran para Nabi menjadi berubah, dan apa faktor penyebabnya? Padahal para nabi itu, sebagaimana diketahui, adalah utusan Allah. -Diterimanya hal-hal bid’ah, padahal syari’at Ilahi dan fitrah murni manusia menolaknya. -Faktor yang menyebabkan itu semua adalah pencampuradukan antara al-haq dengan al-bathil. Adapun yang pertama ialah: rasa cinta kepada orang-orang shaleh; sedang yang kedua ialah: tindakan yang dilakukan sejumlah orang berilmu dan beragama dengan maksud untuk suatu kebaikan, tetapi orang-orang yang datang sesudah mereka menduga bahwa apa yang mereka maksudkan bukanlah hal itu. -Tafsiran ayat dalam surah Nuh. Ayat ini menunjukkan bahwa sikap yang berlebihan dan melampaui batas terhadap orang-orang shaleh adalah yang menyebabkan terjadinya syirik dan tuntunan agama para nabi ditinggalkan. -Watak manusia bahwa al-haq yang ada dalam dirinya bisa berkurang, sedangkan al-bathil malah bisa bertambah. -Bab ini mengandung suatu bukti bagi kebenaran pernyataan kaum Salaf bahwa bid’ah adalah penyebab kekafiran, dan lebih disenangi oleh Iblis daripada maksiat, karena maksiat masih bisa diampuni, sedangkan bid’ah tidak. -Syaitan mengetahui tentang dampak yang diakibatkan oleh bid’ah, sekalipun maksud pelakunya adalah baik. -Mengetahui kaidah umum, yaitu bahwa sikap berlebihan dalam agama dilarang; dan mengetahui pula apa dampak yang diakibatkannya. -Bahaya dari perbuatan sering berdiam diri di kuburan dengan niat untuk suatu amal shaleh. -Larangan adanya patung-patung, dan hikmah dalam pemusnahannya (untuk menjaga kemurnian tauhid dan mengikis kemusyrikan). -Kisah tentang kaum Nabi Nuh tersebut mengandung maksud besar, dan diperlukan sekali, meskipun sudah dilalaikan. -Hal yang paling mengherankan, bahwa mereka (ahli bid’ah) telah membaca kisah ini dalam kitab-kitab tafsir dan hadits, dan mengerti arti kalimatnya; tetapi Allah menutup hati mereka, sehingga mereka mempunyai keyakinan bahwa apa yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh adalah amal ibadah yang terbaik, maka merekapun berkeyakinan bahwa apa yang dilarang Allah dan Rasul-Nya adalah kekafiran yang menghalalkan darah dan harta. -Dinyatakan bahwa sikap kaum Nabi Nuh yang berlebihan terhadap orang-orang shaleh tiada lain karena mengharapkan syafa’at mereka. -Mereka menduga bahwa inilah maksud orang-orang berilmu yang mendirikan patung-patung itu. -Pernyataan penting yang termuat dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Janganlah kamu berlebih-lebihan memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji (‘Isa) putera Maryam…” Semoga shalawat dan salam senantiasa dilimpahkan Allah kepada beliau, yang telah menyampaikan risalah dengan sebenar-benarnya. -Ketulusan hati beliau kepada kita dengan memperingatkan bahwa akan binasa orang-orang yang berlebihan tindakannya. -Dinyatakan dalam kisah bahwa patung-patung itu baru disembah setelah ilmu (agama) dilupakan. Dengan demikian, dapat diketahui nilai keberadaan ilmu ini dan bahayanya apabila hilang. -Bahwa sebab hilangnya ilmu adalah matinya para ulama.
|
|