Post by azehri muhamad on Nov 11, 2003 11:41:46 GMT 8
Saya ambil dr Ittutor.net, ditulis oleh Obi Wan Kenobi
Kenali Distro Linux
Linux adalah inti(kernel) sistem pengoperasian yang mirip Unix, tetapi untuk menjadikan ia persekitaran OS yg lengkap perlulah tools lain seperti pengkompil, cengkerang (shell), pengurus tetingkap (window manager) dan persekitaran desktop. Sebenarnya sistem pengoperasian ini sepatutnya dipanggil GNU/Linux, tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk memanggilnya "Linux" sahaja.
Kita boleh membina sendiri persekitaran Linux sendiri dengan memuatturun kod sumber dari internet dan mengkompilnya sendiri (malah ada panduan untuk melakukan sedemikian di laman projek LFS - Linux From Scratch), tetapi ini memakan masa yang lama dan memerlukan kemahiran. Oleh itu, biasanya kita memasang Linux daripada koleksi yang telah dibuat oleh pihak lain, sama ada syarikat, organisasi atau individu. Koleksi perisian ini dipanggil "distribution" atau "distro" Linux.
Setiap distro akan mempunyai perisian tersendiri untuk memasang perisian yang dipanggil pengurus pakej. Antara cara pengurusan pakej yang popular ialah rpm, apt-get, pkgtool. Ada juga distro yang memasang perisian daripada kod sumber seperti gentoo dengan portage dan emerge.
Dokumentasi ini merupakan panduan yang ringkas tentang distro-distro yang boleh dipilih utk. memasang Linux.
1. Redhat
Redhat merupakan distro yang paling popular dan boleh dikatakan sinonim dengan "Linux". Ia merupakan antara distro awal yang memuatkan ciri-ciri installer mesra-pengguna. Redhat menyediakan koleksi perisian yang mantap dan terkini. Untuk perisian seperti pengkompil gcc, Redhat merupakan distro yang akan menyediakan versi yang terbaru dgn features yang terbaru. Pengurusan pakejnya ialah rpm, dan konfigurasi sistem dilakukan dengan tools mesra-pengguna yang disediakan oleh Redhat. Ini menjadikan Redhat distro yang bagus untuk desktop dan server.
2. Mandrake
Mandrake merupakan distro yag berasaskan rpm juga, dan ia mirip kpd Redhat dari segi konfigurasi sistem. Fokus Mandrake ialah "mesra pengguna" dan 'terkini", dan distro ini adalah untuk desktop. Ia kurang sesuai dijadikan server kerana kestabilannya tidak berapa mantap, kerana terdapa perisian-perisian dalam distro ini yang belum cukup stabil untuk dilaksanakan 24/7. Walau bagaimanapun, ia sesuai digunakan untuk "newbies" yang baru nak berjinak-jinak dengan Linux kerana ia ramah pengguna.
3. Debian
Debian merupakan distro yang digemari pengaturcara dan sysadmin yang menggunakan perisian "Free", kerana ia dibina atas usaha sukarelawan sepenuhnya. Ia menggunakan pengurus pakej "apt" yang sangat mudah digunakan, tetapi pemasangan untuk kali pertama mungkin agak rumit bagi "newbies". Debian menyediakan pakej yang stabil dan juga yang baru, dan pakej untuk Debian mudah didapati.
4. SuSE
SuSE merupakan distro yang juga rpm-based, dan berasal dari Jerman. Fokusnya ialah enterprise-computing, high-perfomance computing dan workstation. Jika anda membeli SuSE, anda akan mendapat dokumentasi yang sangat teliti dan lengkap. SuSE tidak menyediakan ISO, tetapi anda boleh memasangnya secara percuma menggunakan ftp. SuSE juga menyediakan persekitaran Linux untuk pemproses 64-bit baru yang berprestasi tinggi seperti ppc64, opteron dan itanium2.
5. Slackware
Slackware merupakan antara distro Linux yang terawal, dan merupakan distro yang tertua yang survive sampai hari ini. Pembangunan untuk distro ini agak perlahan, tetapi ia merupakan distro yang sangat stabil. Ia menggunakan pengurus pakej pkgtool yang ringkas dan mudah. Persekitarannya mirip kpd. BSD dan bukannya Sys V seperti Redhat atau Mandrake. Pengurusan sistem dilakukan secara "tradisional" iaitu mengedit fail konfigurasi menggunakan penunting teks. Ia sesuai untuk orang yang sudah biasa dgn sistem Unix lain, ataupun "newbies" yang ingin mempelajari Linux dengan mendalam.
6. Gentoo
Gentoo merupakan distro yang membolehkan anda configure dan customize dan optimize Linux anda semaksima yang mungkin, kerana ia memasang perisian dengan menggunakan cara kompilasi kod sumber. Ia tidak sukar seperti LFS, tetapi memakan masa yang agak lama untuk membuat semua kompilasi. Ia menggunakan sistem "portage" yang mirip kpd "ports" FreeBSD untuk menguruskan pakej.
7. Knoppix
Knoppix merupakan "Live CD" Linux yang boleh dilaksanakan terus daripada CDROM tanpa perlu dipasang. Ia sangat mudah digunakan kerana tidak perlu kpd pemasangan, tetapi ia juga boleh dipasang. Ia berasaskan Debian, dan menggunakan pengurus pakej apt.
Demikianlah senarai distro-distro yang popular pada masa kini. Terdapat ratusan lagi distro lain yang anda boleh lihat sendiri di www.distrowatch.com . Panduan ini hanyalah pengenalan kpd distro-distro yang popular sahaja.
-= By Obi-Wan =-