|
Post by duo on Jan 6, 2004 16:47:42 GMT 8
ntah... tak seram langsung...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 22:05:24 GMT 8
Just Passing Through by Deirdre Lumley (from http://www.du.edu) -----------------------------------
My husband and I moved into our house about seven years ago. Even though it's a pretty old house, one does not get that "eerie" ghostly feeling upon entering it....although some bizarre things have happened in here like no other place we've ever lived. My following stories are probably not the spookiest you've ever heard in your life, although what we have encountered still remain unexplained.
Well, anyway, one night about three years ago on a dewy, dreary summer evening, my husband Todd and I were just relaxing watching television. It was about midnight when I apparently fell fast asleep on the couch, being so exhausted from work. Todd retired in the bedroom for his nights rest.
It was very late at around three o'clock am when I groggily awoke from a deep sleep because I sensed someone nearby the couch.
This really tall man was standing right next to me and said, "Oh, I'm going to the bathroom. I'll be right back." So being half asleep as I was, I lay back down for a mere 5 seconds, then got up from the sofa (thinking that that man was my husband) and went into my bedroom. To my sleepy surprise Todd was fast asleep.
In fact he was snoring. I remember wondering why he announced where he was going - he NEVER does this - and how did he get back to sleep so quickly? So I shoved his arm a few times and woke him up.
Todd said, "What? Why did you wake me up?" I said, "Did you just go into the bathroom?" "No, he said. Go back to sleep." Being somewhat perplexed I immediately fell back to sleep in my groggy confusion.
When I got up the next morning I reflected back on my experience. Now fully awake, suddenly then realizing that what I had seen was in fact an apparition. It really scared the daylights out of me.
I had never seen a ghost before in my life. And I knew it was a ghost because I remember it being whitish, and it was a lot taller than my husband. Also we are the only ones living here (or so I thought).
Even though it no longer scares me when I think about it......I often wonder......why did the ghost tell me he was going to the bathroom? I guess you get all kinds of spirits...
Another weird experience was when we first moved in the house. On the second night we spent the night here we each had VERY similiar dreams.
We dreamt about three boys playing with guns and one was accidently shot dead. A few weeks later, we had learned that our home was almost two hundred years old and used to be a boys school in the 1930's. ( Some day I'll go to the local library and do some research on this place).
The only other ghostly experience I've had didn't involve a person, although it had something to do with our pet, "Mr. Velvet Ears." Mr. Velvet Ears was a beloved large beautiful black cat who had adopted us a year before we moved in here.
We had him for three years when suddenly he became mysteriously ill and died on Valentine's Day morning. Weeks later, one afternoon, coming back from the grocery store, I noticed something black in my kitchen.
To me it looked just like my cat. When I went into the kitchen I saw it run under the table. But when I finally got there and looked under the table where it had run, there was nothing. I thought, "oh, it's probably just my imagination.
But later that same evening when Todd got home from work, he went to take a quick nap. I started to cook dinner. Then I heard, "Stoppit Deirdre."
I went and turned on the bedroom light and asked Todd what he was talking about. That I was trying to make us some dinner. He told me that he thought I was joking around with him - "That he felt something wet on his back, like a cat nose or something." This is when I grew more convinced that the spirit of our deceased cat, Mr. Velvet Ears, was probably just visiting us in spirit, to simply let us know that he was alright.
The only other strange things that have happened in our house are, there have been a few times when the television has switched channels by itself, and the oddest have nothing to do with my stories:
Once in a while, if I have a very moody day and happen to be angry about something 1-3 light bulbs burn out at once. Or if I am very happy about something, while driving, my car horn honks by ITSELF. I really do not know how to explain this at all!
Well, I hope that you enjoyed reading all of my bizarre experiences!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 22:25:37 GMT 8
Abang Guard Sayang..... 27 Rejab 1423
Rating : 16 BK (Ditujukan kepada 16 tahun ke atas dengan Bimbingan Keluarga.)
Amaran : Mengandungi cerita karut untuk hiburan semata-mata. Jangan baca sekiranya anda penakut. Boleh membahayakan keberanian anda.
"Ahhhh! penatnya......."
Salmiah menguap kerana mengantuk sambil mengeliat melegakan bahagian pinggangnya yang penat setelah setengah jam duduk mentelaah membaca buku untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Dia berpaling kearah tingkap melihat ke arah tasik yang terang kelihatan, pasir putih di gigi air jelas kelihatan disinari oleh cahaya bulan penuh, sambil menahan perasaan mengantuk. Keindahan tasik di malam hari itu, memukau pemandangannya menyebabkan perasaan mengantuknya hilang seketika.
Dia menjengukkan kepalanya ke bawah, melihat pemandangan sekitar daripada tingkat tiga bangunan Kelisa itu. Cahaya bulan yang terang itu jelas menampakkan bangunan-bangunan di sekeliling yang sudah gelap gelita, hanya kelas tempat dia belajar masih berada di dalam keadaan cerah. Angin malam bertiup menderu-deru dengan kuat menyebabkan dia terpaksa memegang bukunya dengan kuat agar tidak di tiup oleh angin itu yang masuk melalui tingkap yang terbuka itu.
Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas-kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. “Sudahlah Salmiah, aku pun dah penat. Tinggal kita berdua sahaja . Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring - baring di atas katil. Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri.”
Salmiah tertawa kecil. “Engkau ni Farah, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak di takutkan. Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang guard. Tentu dia datang berlari, ‘Abang datang!!! Abang datang!!!!’. Ahhh.... Tunggulah aku sekejab lagi. Aku hendak habiskan bab tiga ini sedikit lagi.”
“Hai! jaga sedikit mulut engkau itu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” ujar Farah. "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susah lah kita nanti." sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.
“Baiklah, baiklah. Aku tarik balik kata-kata aku itu. Maaf! Maaf.” kata Salmiah sambil tertawa kecil.
“Aku tunggu engkau sekejab lagi. Aku pun hendak membaca buku Sejarah Perjuangan Melayu Patani yang aku baru pinjam dari perpustakaan pagi tadi.” ujar Farah sambil membelek-belek buku yang dimaksudkannya.
Salmiah mengeyeh - genyehkan matanya yang perit berpinar-pinar itu. Dia ingin benar menghabiskan bab tiga itu, tetapi akhirnya dia pun mengaku kalah. “Hoi Farah!” jeritnya. “Engkau tu dah sedia ke? Kalau sedia apa nama 5 tasik besar di Amerika.”
“Ah! Kacang sahaja. Tentulah HOMES.” Jawab Farah bersahaja.
“Ya lah. HOMES itu apa?” tanya Salmiah lagi.
“HOMES.. Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior. Macam aku lah katakan, gadis superior.” Sambung Farah, masih sibuk membaca bukunya itu.
“Wah! diam-diam ubi engkau ini ye. Marilah kita balik. Akupun dah penat” ajak Salmiah sambil berkemas.
Farah melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema di laluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Farah menekop mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasaan takut jelas terbayang di matanya. Salmiah dan Farah berbalas pandangan, masing-masing tertanya-tanya siapakah yang datang ke kelas ditengah-tengah malam sebegini.
Masing-masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah-olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriutan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Farah sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa kearah Salmiah dan memegang tangan Salmiah dengan erat.
"DAM" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Salmiah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Farah pula jika dituris mukanya pun tidak keluar darah.
Perasaan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba-tiba…
“Wah! Kuat belajar nampaknya Farah, Salmiah”
Mereka berdua tersentak apabila disapa daripada arah belakang. Farah dan Salmiah berpaling kearah belakang mereka. Abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Mior kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap sambil berjalan lurus kehadapan.
Salmiah bernafas lega, “Abang Mior ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Farah ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang Mior tahu tak.” sambil berpaling kearah Farah.
“Kalau Farah hendak boleh abang Mior temankan” ujar abang guard itu sambil tertawa kecil.
Muka Farah semakin pucat ketakutan, suaranya terkunci, bisu kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawap pelawaan itu.
Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedengaran. Farah masih terpaku membisu di situ ketika Salmiah berkemas-kemas barangannya.
“Engkau ini kenapa takut sangat. Itukan hanya abang Mior, janganlah sampai tak boleh berenggang dengan aku.” kata Salmiah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.
Farah hanya diam membisu dan menggeleng-gelengkan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Salmiah.
Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Farah masih terus menggenggam erat lengan Salmiah menyebabkan Salmiah tertanya-tanya kenapakah Farah begitu takut, tetapi Farah hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Salmiah. Bosan dengan perangai Farah dan dia pun masih terasa agak cermas dengan kejadian yang berlaku tadi, Salmiah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.
Keesokkan harinya, Salmiah tidak sabar-sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan-kawannya yang lain. “Engkau tahu, Farah ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang Mior tawarkan hendak temankan dia.” cerita Salmiah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakan-rakannya yang lain. Farah hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasaan terkejutnya itu.
“Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Mior itu” sahut Saroja Devi sambil tertawa kuat.
“Tak sangka Farah ni penakut orangnya.” celah Swee Ling pula.
Muka Farah berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. “Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama engkau yang dia panggil. Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Mior yang tegur aku dan Salmiah, macam mana dia berjalan di sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukankah kelas kita ini tingkat tiga. Yang si Salmiah ini pun bengong sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan. Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru-seru. Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan engkau orang, datanglah ke kelas malam ini.”
Seluruh kelas terdiam mendengar kata-kata Farah, wajah Salmiah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing-masing berebut-rebut meluru kearah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata-kata Farah itu.
Malam itu keseluruh bangunan Kelisa berada dalam keadaan gelap-gelita. Hanya bunyi orang tertawa kecil kedengaran sekali sekala tetapi tiada siapa yang mendengarnya.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 22:28:17 GMT 8
DAH PENAT KE, DAH TAHU? 21 Jamadilawal 1421
Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh.
"Wah ramainya orang kali ini." kata yang seorang lagi.
"Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. Tak apalah. Kita pergi ke tingkat atas sekali. Di situ tidak ramai orang." kata pemuda pertama tadi.
Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar.
Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian.....
"Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja yang diduduki mereka.
"Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh."
"Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih.
"Wah! padanlah." sahut kawannya.
"Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya.
"Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.
Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah kerajaan Sung - China. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.
Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.
"Hai! Buat apa tu." tegurnya.
Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.
Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.
Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang.
"Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis itu.
"Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.
"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.
Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu.
Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu.
Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja dengan pen tetapi pennya itu pula yang terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan berdetum kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu.
Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan.
Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah."
Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu..."
Dia tidak bertangguh lagi terus lari lintang pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yang bercakap- cakap dengannya cukup menyeramkannya.
Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengelikik.
Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 22:30:56 GMT 8
Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari khamis malam jum'at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian....
Sampai didepan lift, dia pun tekan tombol untuk turun. kemudian, pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya... Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor. Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya... siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat kesatu tingkat. Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti seketika ... dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya ... bulu romanya tiba-tiba saja merinding ... dia pun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ......... dan segera berkata ........ ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... "Maaf ya saya kentut....Anda tidak marah kan"
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 22:43:22 GMT 8
TANDAS II
--------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini pula berlaku di sebuah sekolah berasrama yang terkenal di Malaysia.....di utara....Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Kawan saya yang menceritakan kisah ini tidak mahu namanya disiarkan di atas sebab2 tertentu...maka nama di dalam kisah ini hanyalah rekaan semata2..
Ali adalah pelajar tingkatan satu di sekolah itu (ketika itu tahun 1991) dan merupakan seorang pelajar yang baik dan berdisiplin....cuma ketika dalam tingkatan satu...seseorang pelajar itu biasanya agak penakut.
Pada satu malam....Ali hendak ke tandas tetapi takut lalu dia mengajak seorang kawannya Omar(juga bukan nama sebenar) untuk menemankannya.Kebetulan pula Omar juga hendak ke tandas.Satu lagi kebetulan ialah tiada langsung lampu yang berfungsi di tandas itu.Kerana terlalu takut hendak ke tandas lain dan juga kerana tidak tahan hendak melepaskan hajatnya.
Ali meneruskan niatnya...dan menyuruh Omar supaya menunggunya sebentar....Omar pula menyuruhnya cepat kerana perasaan takut yang semakin memuncak.Setelah beberapa kali bersoal jawab...akhirnya Ali tidak mendengar suara Omar lagi.Ali meneruskan niatnya.
Setelah menunaikan niatnya....Ali mendapati Omar sedang termenung dihadapan sinki yang tidak bercermin....Ali mengajak Omar balik tetapi Omar hanya senyap sahaja.Omar tidak berkata walau sepatah pun.
Ali terus pulang ke bilik/dorm nya...namun dia mendapati Omar sudah berada di bilik/dorm nya...dan Omar mengatakan yang dia telah pulang dari tandas lebih awal dari Ali..iaitu ketika dia mengajak Ali pulang pada mulanya....jadi siapakah yang menunggu Ali di tandas tadi?
|
|
|
Post by .:.nurisy@*UnpredictablE.:. on Jan 7, 2004 9:11:16 GMT 8
ponat eh eden nak membaco nyo...
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 7, 2004 10:24:05 GMT 8
"Hantu UiTM?" Bukan seorang yang mengirim gambar ini kepada saya, tetapi ramai. Ada juga yang menghantar dan mengaku mengambil gambar ini dan mendakwa ada menyimpan negatifnya. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan. Namun semua cerita yang diceritakan oleh pengirim, semuanya hampir sama. Ia dikatakan diambil oleh pelajar UiTM yang menggunakan kamera yang boleh mengambil gambar dalam gelap dan hanya memerlukan bantuan sedikit cahaya. Lokasi gambar diambil juga berbagai-bagai, ada yang mengatakan di UiTM Shah Alam, ada yang mengatakan di sebuah lebuhraya dan yang paling ramai sekali mengatakan ia diambil di UiTM Shah Alam. Menurut salah seorang yang mengirim gambar tersebut kepada saya mengatakan sepatutnya ada tiga orang yang cuba bergambar. Ketika gambar diambil tiada siapa melainkan ketiga-tiga mereka itu tetapi setelah gambar siap dicuci terdapat lembaga berwarna putih yang merupakan lembaga seorang wanita sedang berdiri yang mengakibatkan gambar ketiga-tiga mereka tidak kelihatan. Apa yang jelas dalam gambar tersebut adalah lembaga wanita yang seperti memegang sesuatu dan ada yang mengatakan ia mendukung bayi. Begitulah seperti yang telah diceritakan oleh empunya cerita...
|
|
|
Post by eat_theDay on Jan 7, 2004 12:28:35 GMT 8
Cerita ini dikisahkan oleh seorang kakitangan maktab.
Pada satu malam yang mendung, setelah habis prep. Semua para pelajar pun pulang ke asrama. Satu demi satu lampu bilik darjah ditutup bermula dari tingkat atas bangunan bersebelahan Dewan Kuliah.
Tidak lama kemudian kawasan akedemik menjadi sunyi sepi. Seperti biasa pakcik guard yang bertugas memulakan rondaan pertamanya.
Dalam perjalanan kebangunan akedemik itu, dia terpandang kelas terakhir di tingkat atas masih menyala lampunya. Dalam hati dia memaki-maki pelajar yang tidak tahu untuk menutup kembali lampu yang dah dipasang.
Dengan berat hati, dia pun menaiki tangga bangunan akedemik, hingga ke tingkat teratas. Lampu masih terpasang. Dia pun menuju kearah bilik darjah tersebut, lalu ternampak seorang awek tengah dok study. Dia berkata.. "Eh buat apa malam-malam ni, orang dah balik dah. Tak habis lagi ke??" Awek tadi berdehem dan mengangguk. Pakcik guard pun berkata lagi "Sudah lah tu pergi lah balik, saya nak tutup lampu ni" Lalu dia berjalan kearah gadis tadi. Awek itu tidak berkata apa-apa, lalu pakcik guard bertanya lagi, ketika ini pakcik gusrd betul-betul berada di belakang awek itu. TIBA-TIBA awek itu bangun dan menoleh kebelakang!!!! Alangkah terkejut beruknya pakcik guard bila melihat muka gadis itu rata tak bermata, tak berhidung! Lalu...
ehhh tak leh nak cerita dah. Aku lak yang suspen ni....tinggal sorang lak ni.Sambung lain kali lah...
|
|
|
Post by john on Jan 7, 2004 17:17:06 GMT 8
korang pernah dengar crite pasal kat UiTM jengka, pahang? aku ada satu crite untok korang..tak dapat dipastikan bile tapi mmg dah jadi satu masa dulu..final exam dah makin hampir..sume org pon sebok study..boleh kata hampir satu kampus bz study uth final, kecuali 3 org pelajar ni(nama dirahsiakan)..diorg bukan taknak blaja tapi cuma mahu ikut jalan pintas utk mencapai kejayaan yg tak berkat...
dah lama diorg plan nak buat benda ni atas tunjuk ajar pelajar2 senior yg pernah buat benda ni..apa diorg buat?
diorg (3 pelajar ni) nak pegi "menurun" dalam kata lain meresap ilmu ke dalam tubuh melalui cara yg halus..so, seperti yang telah diajar, mereka harus mengumpul 5 bangkai anak kucing yang mereka bunuh sendiri..dan bangkai tu mestilah tidak melebihi setengah hari selepas dibunuh..maknanya yg darah masih merah dan blom busuk lagi..
upacara menuurun harus dilakukan di tempat tinggi sebaik2nya malam jumaat..so bile dah dapat waktu yang sesuai 3 org ni pon pegila naik atas bumbung salah satu fakulti utk memulakan upacara..diorg kena salaikan bangkai anak2 kucing tu..atas jaring dan mengasapkannya dari bawah..bukan membakarnye(cam buat bbq)..so diorg pon buatla cam tu..diorg asapkan dgn arang je..pastu sorg wakil dari mereka stat membaca mantera spt yg telah diajar..
2 org lagi hanya memerhati..lebih kurang setengah minit mantera dibaca, bangkai kucing mula bergerak seperti ditiupkan roh ke dlmnya..ketiga2 pelajar ni tak dibagitau pulak kucing tu akan idop balik..dgn keadaan yg amat menakutkan itu, mereka cuma tergamam dan tak mampu nak lari lagi..so diorg tgk je la...
kebetulan pulak time tu pak guard itm dah perasan bumbung fakulti dah berasap dan nampak budak2 tu kat atas...tanpa berfikir panjang pak guard tu terusla jerit menge"sound" mereka..budak2 ni terkejutla, dan terpandang pak guard tu...trus kelam kabut jadinya..dah tak pikir pasal kucing tu lagi sume pon bergegas nak lari..dalam keadaan kelam kabut tu satu drpd 3 org tu tersepak tempat salai bangkai kucing2 tu tadi..habis berterabur..bangkai anak2 kucing tu jatuh dari bumbung tu seekor demi seekor dan terapung2 kat udara.. 3 org pelajar termasuk pak guard ternganga melihat kejadian ni.. kucing2 yg terapung tu seolah2 membuat satu bulatan dan bercantum seekor demi seekor....dan membentuk.....................................
kucing2 tu bercantum dan terus menjadi voltron yg wujud dlm kartun dan siri animasi kanak2 mcm kat dlm tv tu...
haaaaa....itula asal usul voltron kalau korang nak tau... ;D ;D ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 22:03:26 GMT 8
hantu Asrama ------------------
Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang, tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 22:06:55 GMT 8
kain Putih ------------
Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.
Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar.
Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan anjing diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.
Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan anjing diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling. Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.
Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar.
Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.
Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 22:09:39 GMT 8
membunuh diri dimalam sabtu memicit kudis ditepi kubur aku seru segala hantu.. COME ON..COME ON..COME ON... mari2 kita sambung puisi hantu....biar bertambah seram~hehehehehe
|
|
|
Post by siamangManja on Jan 8, 2004 1:01:17 GMT 8
membunuh diri dimalam sabtu memicit kudis ditepi kubur aku seru segala hantu.. COME ON..COME ON..COME ON... mari2 kita sambung puisi hantu....biar bertambah seram~hehehehehe kudis di picit nanah menyembur, bau naik buat ku terliur, pergi kedai nyonya membeli kelapa, kelapa abeh,sakit kepala, sakit kepala,berdenyut2 pergi pula ke kelinik... alaa kini doktor pula takde cam ne ni..... hahahaha seram tak.... mari kite sambung lagi,supaya ia menjadi lebih seram....
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 8, 2004 8:06:33 GMT 8
nampak hantu terkejut terkelu.. aku lari beribu batu.. strider seru beribu hantu.. aku panggil mambang batu.. ala..nak buat ending aku tak tahu...
|
|