|
Post by atokENSEM on Jan 20, 2004 2:45:26 GMT 8
seram tak?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 8:25:04 GMT 8
pontianak vs bomoh siam ---------------------------------
terlebih dulu aku nasihatkan korang agar gi toilet dulu sebelum baca citer nih!!! tahun lepas mase aku dikampung....aku gemar makan ikan pari masak kuning...sedap gile.selalu gak aku gi mancing ngan arwah atuk aku kat sana.pada satu hari atuk ajak aku gi mancing waktu malam sebab ikan senang dapat pada waktu malam.aku pun tolak perahu slow-slow kearah pantai..setelah tiber je kat destinasi,sedang atuk aku tengah isap balut,aku terpandang kearah tebing laut sebab terlampau boring gile.ternampak macam ader orang tengah fight."tok tok...saya nampak ader orang tengah tepi tebing.."aku sergah atuk aku.."mana!!!mana!!"lalu atuk terus start enjin bot dan menuju ditebing...aku dan atuk menyorok dibalik pokok kelapa...menyaksikan pertarungan kedua-dua antu dan bomoh tu.lepas tu,ngan suaranya yang lantang hantu tu menjerit.."hiiihiihiiiii"dengan keadaan hantu tu cukup menyeramkan,baju yang lusuh dan ader kesan darah dibajunya,kelihatan bomoh itu sudah tidak bermaya nak lawan ngan antu tu..."aku takkan mati ditangan ko bedebah"lantas bomoh tu menyerangnya ngan keris.akhirye...bomoh tu tewas ditangan pontianak tu...nampak nye,bomoh tu dah mati.slow-slow pontianak tu pegi kearah bomoh tu..baru je nak isap darah bomoh tu,aku terbersin"aaaacccuuum"lalu pontianak tu memandang kearah aku dan atuk...baru nak lari je aku terdengar satu jeritan kuat...."cuutttttttt!!! mamat mana yang bersin ni"lalu director filem mak lampir, rosyam nor memarahi aku ngan atuk"aku ingatkan kalo shooting kat sini takde orang kaco.."sekian...time acih.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 8:27:02 GMT 8
Kisah Gunung Stong --------------------------
Kisah ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspidisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang dinegeri Kelantan.
Kami sampai ketapak perkhemahan jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi dibilik air yang disediakan, dan ada yang mandi disungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram-sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami. Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan sekhemah aku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.
Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk kekawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.
Kami sampai dipertengahan gunung lewat petang dan bersiap untuk bermalam disitu selepas turun dari puncak gunung nanti. Waktu itu ada diantara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak. Mereka hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba dipuncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.
Dalam perjalanan turun, aku adalah diantara yang akhir. Hari semakin gelap. Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada diantara peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul diatas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki gunung, kami menuruni gunung sambil berpengangan tangan. Ada diantara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai kekawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama dimana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki kepuncak tadi. Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat didalam hutan.
Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni gunung sambil menunjuk kesatu arah. Masing-masing melihat kearah yang ditunjukkan. Belumpun sempat kami mengucapkan terima kasih, kumpulan pemuda tadi hilang entah kemana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan perjalanan kearah yang ditunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami. Sesampai sahaja dikhemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam. Nasib baik ada kumpulan yang berjubah tadi membantu kami. Yang menghairankan kami, untuk apa mereka menuju arah ke puncak sedangkan disana tidak terdapat sebarang perkampungan pun.
Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah untuk tidur. Diluar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau kerana khemah kami didirikan diatas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.
Keesokkan harinya, kami berkhemas untuk turun ketapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Disamping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga diantara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh kedalam lopak air yang agak dalam gagal untuk naik semula walaupun ditolong oleh beberapa orang.
Kami sampai disatu tempat rehat yang dinamakan Baha Camp. Disitu masing-masing melepaskan penat lelah dengan mandi dan memasak makanan. Hari pun sudah tengahari. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba ketua kumpulan ekspedisi menyuruh kami cepat bersiap untuk bertolak turun. Kami terpinga-pinga. Letihpun belum hilang rasanya. Dia kata sesuatu yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan itu. Aku segera naik kedarat dan mengambil barang-barang aku. Aku mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa disitu. Walaupun takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan berjalan bersama-sama menuruni gunung. Yang tinggal hanyalah ketua kumpulan, peserta yang dirasuk serta beberapa orang trekker yang bekerja di Baha Camp. Dalam perjalanan masing-masing masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.
Kami sampai ditapak perkhemahan lewat petang. Selepas mendirikan khemah dan mandi kami bersiap untuk memasak. Dalam waktu itu kami melihat peserta yang dirasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum masuk kekawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu lalu dihembus kepeserta tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus disambut dan dipapah kekawasan khemah. Dia dibaringkan ditengah-tengah padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya. Kami tidak dibenarkan mendekati peserta tadi kerana menurut abang Baha makhluk yang merasuknya masih berada dikawasan itu bersama dengan kawan-kawannya. Walaupun kami tidak nampak makhluk dan kawan-kawannya itu, kami patuh pada arahan abang Baha.
Selepas makan malam, semua mengerumuni abang Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya. Menurutnya makhluk halus yang tinggal dikawasan gunung itu marah pada peserta berkenaan kerana memetik sekuntum bunga dari pokok yang hanya menghasilkan bunya setiap tujuh tahun. Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp, mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk itu berjaya diusir dari badan peserta berkenaan semasa di Baha Camp lagi, abang Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong mambawa peserta itu turun sehingga kekawasan khemah. Jika tidak mereka menghadapi masalah untuk membawanya turun dengan keadaan badannya yang lemah. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh abang Baha mengenai hutan disitu.
Malam itu kami berkumpul dalam beberapa kumpulan. Masing-masing menceritakan kisah petang tadi dan ada juga yang menceritakan pengalaman yang serupa. Aku merasa seolah-olah seperti berada di Cineplex. Bila sudah jemu mendengar cerita satu kumpulan, aku beralih kekumpulan yang lain. Walaupun topik perbualan hampir sama, aku masih tetap mahu mendengarnya. Ada yang tidak tidur sehingga keesokan hari kerana asyik bercerita dan mendengar cerita.
Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, ketua ekspedisi memberi peluang pada setiap peserta untuk meluahkan isi hati masing-masing berkenaan ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong. Daripada kejadian yang aku alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang lain dan jangan bersikap angkoh apabila memasuki sesuatu kawasan yang kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna. Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga kita bertemu diekspedisi yang lainnya. _________________ faizal adlan
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 8:28:18 GMT 8
Kisah di Karak Highway
B agi mereka yang sering ke Pantai Timur, Lebuhraya Karak sememangnya tidak asing lagi dengan pelbagai kisah misteri yang kerap didengari sehingga ke hari ini. Dan bagi aku yang tinggal berdekatan dengan lebuhraya ini, sememangnya tidak merasa hairan dengan kisah-kisah ini yang sebenarnya masih tidak dapat dipastikan sejauh
mana kebenarannya. Namun umum memang mengetahui beberapa kemalangan ngeri yang pernah berlaku di Lebuhraya Karak sebelum ini dan dari pengetahuan aku kemalangan ngeri yang membawa maut biasanya tidak berakhir setakat itu sahaja. Pasti ada rentetan dari kemalangan maut tersebut. Ini diakui sendiri dalam pameran hantu di Muzium Negara yang ada menyatakan bahawa kematian ngeri adalah salah satu punca kewujudan.....hantu!.......beberapa tahun yang lepas, pernah sekeluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu
untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. "Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,"...."Alahh, abang tau tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh", balas Hamid. Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka
telahpun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya Hamid agar Hamid tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba....Pang!...."Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?".... "Bang, try check bang entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang"kata Ayu kepada suaminya. Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan. "Eh...pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!"bentak
Hamid. "Kenapa bang?...rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu", balas Ayu. Bila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang. Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan. Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok. Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta...."Ya Allah bang kenapa pucat muka abang ni?"soal Ayu. Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu. Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar. Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. "Ayu, jangan pandang belakang", kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telahpun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut................Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!!....sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.
|
|
|
Post by KomOt on Jan 20, 2004 13:37:45 GMT 8
|
|
|
Post by enigma on Jan 20, 2004 16:27:37 GMT 8
seram tak? aper yg seram nyer tok?
|
|
|
Post by PoKai B on Jan 21, 2004 8:29:58 GMT 8
KISAH SERAM YG SERAM..
|
|
|
Post by enigma on Jan 21, 2004 8:47:02 GMT 8
kisah aper nyer yg seram?
|
|
|
Post by duo on Jan 21, 2004 9:29:10 GMT 8
kisah yg seram laaa.. takkan kisah2 dongeng kanak2 kot...
|
|
|
Post by enigma on Jan 21, 2004 10:46:25 GMT 8
kisah yg seram laaa.. takkan kisah2 dongeng kanak2 kot... oo...camtu...
|
|
|
Post by PoKai B on Jan 21, 2004 10:55:23 GMT 8
skali imbas cam muka bj....2 kali cam campuran bj dan epong...3 kali...cam-----------
|
|
|
Post by john on Jan 21, 2004 10:57:24 GMT 8
cam siamang manja ke? hawhawhaw ;D
|
|
|
Post by PoKai B on Jan 21, 2004 11:00:31 GMT 8
cam siamang manja ke? hawhawhaw ;D huish..sensitip wo...lu jgn main2...hawhawhaw
|
|
|
Post by john on Jan 21, 2004 11:03:40 GMT 8
aku tak main2..aku serius apa.. hawhawhawhaw ;D ;D bos kena bahan...hahaha
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 21, 2004 12:51:57 GMT 8
ape yg seramnyer...tp,aku ade ksh bnr yg seram...xla seram...tp,korang dpt selitkan nilai2 moral kat cni...
ade la couple tu....laki bini tau...baru kawin...die org ni slg syg menyayangila...baru pindah umah s'dr...tp,x msk tepon umah lagi...maklumlah...telekom lmbt ckit...pade satu hr tu,si suami ni nak gi keje...bawak lori je...jd la kan...janji halal...nak dipendekkan citer,suami die ekciden...t'campak dlm gaung....
ni lak ksh isteri kat umah...asyik t'ingat kat suami die yg si driver lori ni td...tibe2,tepon umah b'bunyi...mcm pelik je kan...die pun angkatla...suami die call...."abg syg sgt kat u 4ver my dear..".....bangger giler la si wife ni td...tb2...ade org bg salam...bile bkk je pintu,tgk2 ade 2 org polis...bgtau yg suami die dah kmbali ke rahmatullah...br la die sdr yg umah die mane ade tepon...die b'ckp gune iron je td...ape lg,meraungla isteri ni td n msh t'pinge2 ngan kejadian ajaib sbntr td....
sedihkan...
|
|