|
Post by KomOt on Sept 13, 2004 16:50:00 GMT 8
i know what u did last summer..
|
|
Tdot
Junior Student
Hidup Mesti Berani Terima Kenyataan
Posts: 124
|
Post by Tdot on Sept 14, 2004 0:03:12 GMT 8
u know? i don't know....
|
|
|
Post by KomOt on Sept 14, 2004 14:08:52 GMT 8
i dont care u dont know..
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
Post by poKai Sea on Sept 17, 2004 23:18:00 GMT 8
si care buat don't know jer....
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 4:12:50 GMT 8
Imej ganjil dalam filem
Oleh HAMID KARIM
PELBAGAI kejadian pelik pernah menimpa dan berlaku kepada sesiapa saja di dalam hidup ini. Minggu ini beberapa kejadian pelik yang menimpa peminat fotografi, Sakel (bukan nama sebenar) elok dijadikan iktibar dan mungkin boleh merangsang fikiran kita berfikir sesuatu mengenai hal-hal luar dugaan yang boleh berlaku dalam kehidupan. Sakel sebenarnya bukan orang baru dalam dunia fotografi kerana pernah mendapat latihan di sebuah universiti tempatan dan pernah juga bertugas sebagai jurugambar bebas.
Minatnya dalam dunia fotografi sering membuatkan dia beberapa kali ke luar negara dan tempat tertentu di negara ini.
Antara kejadian pelik yang pernah dilalui Sakel ialah sewaktu merakamkan gambar sebuah kubur panjang, dikatakan kubur lama, yang terletak di hutan simpan di Tanjung Selamat, Port Dickson, beberapa tahun lalu.
Bertemankan seorang penduduk, Sakel mengharap sangat gambar yang dirakamnya dapat digunakan untuk penerbitan sebuah majalah berbahasa Inggeris keluaran negara luar.
Ini kerana sebelum itu, seorang rakannya yang bertugas di majalah berkenaan ada menyatakan tawaran menggunakan gambar Sakel untuk dimuatkan dalam edisi misteri dalam majalah yang terjual hampir seluruh dunia itu.
Ketika tiba di kawasan perkuburan lama yang dikelilingi hutan tebal, hanya beberapa meter dari laut itu, Sakel mengakui dirinya terasa lain. Ketika itu baru jam 4 petang.
“Kubur lama itu panjangnya lebih kurang empat meter, di atas tanahnya ada beberapa batu licin, mungkin sebagai nisan. Saya terus merakamkan gambar dari pelbagai sudut menarik. Tiba-tiba melintas seekor ular tedung berwarna hitam.
“Saya berasa ada keindahan dan seni di kawasan kubur itu. Saya yakin ia sesuai degan konsep yang dikehendaki kawan saya, seorang warga negara Hong Kong. Bila keadaan semakin gelap, kami pulang,” ceritanya.
Bagaimanapun, kejadian pelik berlaku esoknya apabila Sakel terkejut mendapati dua gulung filem yang dicucinya tidak langsung mengandungi gambar kubur lama. Sebaliknya kebanyakan gambar itu yang sedikit kabur memaparkan imej seekor labah-labah besar.
Makam lama
Kejadian pelik juga dilalui Sakel ketika dia cuba merakam gambar di sebuah makam lama di Kuala Selangor. Tidak pernah dalam sejarahnya terbabit dalam dunia fotografi lebih 15 tahun, kameranya tiba-tiba tidak berfungsi.
“Puas saya membetulkannya, tetapi kamera saya seperti dikunci. Kecewa dengan keadaan itu, saya turun ke bawah untuk ke kedai gambar meminta bantuan. Sebaliknya apabila tiba di kedai itu, kamera yang saya gunakan boleh berfungsi semula,” katanya.
Mulanya Sakel menyangkakan keadaan itu hanya kebetulan. Berikutan itu, dia naik semula ke atas bukit untuk merakamkan semula gambar makam berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan sama berulang. Kameranya masih seperti terkunci dan Sakel terus membatalkan hasratnya lalu segera pulang ke rumah.
Satu lagi kejadian pelik yang menimpa Sakel sejak terbabit dalam dunia fotografi ialah ketika dicabar merakam gambar objek bercahaya yang sering kelihatan pada waktu malam di pantai Port Dickson, di tempat yang sering menjadi pembuangan abu mayat.
Menurut Sakel, seorang kawannya mencabar dia merakamkan kejadian yang sering berlaku itu. Ini kerana dia beberapa kali cuba merakamkan fenomena itu, tetapi gagal.
Sakel cuba dengan segala kemahirannya merakamkan objek bercahaya yang melintasi beberapa kali dan hilang di ruang udara itu.
Satu kejadian pelik akhirnya berlaku keesokannya. Sakel berasa terkejut dan tubuhnya menjadi gementar apabila menatap setiap keping gambar yang dicuci. Mulanya dia seperti tidak percaya, tetapi dia melihat semula dengan menggunakan kanta pembesar.
Memang sah, satu lagi kejadian pelik dilaluinya. Satu imej lebih jelas dapat dilihat, tetapi bukan imej cahaya yang dirakamkannya.
“Ia imej seperti seorang bayi sedang terbang dan terawang-awang di udara dalam suasana gelap,” katanya.
Beberapa kejadian pelik yang dilalui Sakel bagaimanapun tidak pernah membantutkan impiannya untuk terus terbabit dalam dunia fotografi.
“Mungkin gambar atau kejadian pelik itu ada hikmahnya yang menuntut kita berfikir kebesaran Tuhan!” kata Sakel.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 20, 2004 9:18:04 GMT 8
mana gambar nye??
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
Post by poKai Sea on Sept 20, 2004 15:39:45 GMT 8
yang tengah teleng2 tu lah gambo nya ...hewhewhew
|
|
|
Post by KomOt on Sept 22, 2004 8:39:23 GMT 8
uihh..ye ke? seram siot..woo..
|
|
|
Post by PoKai B on Sept 27, 2004 21:40:29 GMT 8
hari paling tak menyeramkan... ;D
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Sept 28, 2004 23:19:41 GMT 8
etul la poakiB..tak seram langsung..rasa ceria ada la sebab datang balik ke tanah air...
|
|
|
Post by KomOt on Sept 29, 2004 9:09:29 GMT 8
tanah air? bila ko nk pulang ke tanah liat? atau tanah merah?? mungkin ko akan rasa lebih ceria..
|
|
|
Post by PoKai B on Sept 29, 2004 22:34:44 GMT 8
etul la poakiB..tak seram langsung..rasa ceria ada la sebab datang balik ke tanah air... lu ni dah terlebih makan kacang tanah ni...sampai eja pun tak betul...apa da etul....hawhawhaw
|
|
|
Post by KomOt on Oct 1, 2004 9:38:24 GMT 8
lu ni dah terlebih makan kacang tanah ni...sampai eja pun tak betul...apa da etul....hawhawhaw etul nama awek twintower la..etul binti etok..tu awek twintower masa dia gi oversea...
|
|
|
Post by PoKai B on Oct 2, 2004 23:57:39 GMT 8
etul nama awek twintower la..etul binti etok..tu awek twintower masa dia gi oversea... ntah aper2 ntah....
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Oct 3, 2004 15:08:14 GMT 8
etul nama awek twintower la..etul binti etok..tu awek twintower masa dia gi oversea... Wei compot,nama awek gua Nicole Kidman la..Up to late la lu ni..
|
|