|
Post by KomOt on May 5, 2004 22:53:05 GMT 8
tak nak kata apeĀ² pn bole gak..saya faham..
|
|
|
Post by PoKai B on May 5, 2004 23:09:09 GMT 8
tak nak kata apeĀ² pn bole gak..saya faham.. sayer pun paham kalau tanpa berkata2....
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 9:45:42 GMT 8
ape la sgt kalau nk dibandingkan dgn kata2 tu..
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 11:49:08 GMT 8
Kembar setiap manusia(Qarin)
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing?
Setiap kali lepas ibu kita bersalin..si ayah akan membasuh uri..atau orang tua-tua kata itu kembar kita..sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu..dipanggil sebagai Qarin... Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat.
Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan..dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2.
Ustaz ni pun belum berkahwin..merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM.
Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya..dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita..esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi.
Sampai di rumah perempuan tu..ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut..dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. Student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu. Jika peristiwa itu pernah anda lalui..atau akan lalui.. jgn terkejut..kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa.. cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi..Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini..tak kira jin atau syaitan atau Qarin..semuanya adalah makhluk Allah belaka.
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca .. A'uzubillahiminashaitonirrajim... insya-Allah..selamat... ..kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan...
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:37:38 GMT 8
sayer pun paham kalau tanpa berkata2.... mcm mane lak tu?
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:40:00 GMT 8
boleh lah jugak.....nak kater ape pun boleh... ;D ye lah tu pokai b..
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:42:11 GMT 8
.:: Kawan ::. Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah * ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela
Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?
Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.
Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain. Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.
Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.
Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini*.dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbit atas keikhlasan yang tak berbelah bagi.. Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja
|
|
|
Post by StRiDeR on May 6, 2004 17:38:54 GMT 8
melalui tingkahlaku seseorang itu ...
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 23:18:07 GMT 8
melalui tingkahlaku seseorang itu ... hehe..setiap perbuatan pn leh menunjukkan ekspresi seseorang tu kan??
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 23:19:13 GMT 8
ayokk..kongkong(atok) dh marah ngan ko pokai b..mesti pasni kongkong malas nk layan ko pokai b..
|
|
|
Post by KomOt on May 7, 2004 0:01:32 GMT 8
wei,korang..cuba korang usha titik tgh yg hitam tu sambil paler korang ke depan ke belakang..best tak??
|
|
|
Post by StRiDeR on May 7, 2004 0:30:52 GMT 8
hehe..setiap perbuatan pn leh menunjukkan ekspresi seseorang tu kan?? tui ya ...
|
|
|
Post by StRiDeR on May 7, 2004 0:32:28 GMT 8
wei,korang..cuba korang usha titik tgh yg hitam tu sambil paler korang ke depan ke belakang..best tak?? best2 ...titik2 putus sekeliling titik hitam tue berpusing laa...nie mesti salah satu daripada ilusi optik nie...
|
|
|
Post by enigma on May 7, 2004 0:36:10 GMT 8
memang tu salah satu aplikasinya strider...
|
|
|
Post by KomOt on May 7, 2004 0:40:01 GMT 8
tui ya ... betui,betui..ya,ya..
|
|