|
Post by kAsuTbAtA on Apr 18, 2004 1:47:05 GMT 8
betul...betul...atok sokong! bkn setakat sokong..jadikan amalan
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 4:43:58 GMT 8
bkn setakat sokong..jadikan amalan baiklah..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 19, 2004 1:14:38 GMT 8
semua 1st batch,jgn lupakan kolej..da lupa diri biler dah tak dek org tegur2 diri tu..lepas dr pandangan kolej mmg tak terlepas dr pandangan yg satu tu iaitu Allah s.w.t
|
|
|
Post by KomOt on Apr 22, 2004 9:55:36 GMT 8
IKLAN KERJA
Di sebuah surat kabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis seperti berikut :
Peluang Pekerjaan.. - Anda lulusan Universiti / Kolej? - Anda punya Kemahiran? - Pernah mengikuti kursus komputer? - Mahir berbahasa Ingeris? - Tapi Masih menggangur?
CARI LA KERJA! KESIAN...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 22, 2004 14:51:00 GMT 8
Nasihat yang berguna.
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air * Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang
* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak * Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.
Tatacara didik diri sendiri * Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak,
ilmu itu akan mati (sape yang malas sembahyang tue cuba praktiskan).
* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc
Ada 3 kategori manusia :- BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall
Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.
Wallahualam
|
|
|
Post by KomOt on Apr 22, 2004 16:54:17 GMT 8
Matematik tahap Master nye..
Sape dapat jawab memang terror............................
Subject: Ujian Matematik (Disediakan oleh pakar matematik dengan kerjasama kementerian pendidikan malaysia)
Uji kemampuan matematik dan kemampuan logik kamu...
FAKTA:
Sekarang, si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.
SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana ?
Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara wajar...
Tetapi....... Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya bahawa hal ini bukan JOKE semata-mata.....
cuba lihat jawapan di bawah...
Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)
maka, M = A + 21
6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak
ð M + 6 = (A + 6) x 5 ---> dimana M = A + 21
ð A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
ð A + 27 = 5A + 30
ð 27 - 30 = 5A – A
ð -3 = 4A
ð A = -¾
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð
ð Bererti umur anaknya sekarang - ¾ tahun = - ¾ x 12 bulan = - 9 bulan. Bererti anaknya sekarang belum lahir (akan lahir kira-kira 9 bulan kemudian)
ð Kesimpulannya, sekarang bapanya berada di atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan masing-masing). Si anak baru hendak dihasilkan ..ha... ha... ha....
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 23, 2004 1:39:15 GMT 8
terlalu bijak pandai komot nie..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 23, 2004 9:27:20 GMT 8
heh..segan aku doo ko cakap camtu..padahal aku paste je dari email aku.. ;D
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 25, 2004 2:11:13 GMT 8
aku tau...betul rupanya tekaan aku...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 26, 2004 2:18:15 GMT 8
orang yg paling dicintai ALLAH
BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda : ALlah telah berfirman : " Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu. Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu. Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu. "Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALlah akan menetapkan kedua-dua tapat kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." ( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )
Huraiannya: Orang yang dikasihi ALlah SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w dipuji oleh ALlah s.w.t di dalam firmanNya sebagai seorang yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang luhur. Kita sebagai pengikutnya wajib mencontohinya dalam serba-serbi agar kita dikasihi ALlah s.w.t., sebagaimana baginda sendiri sangat dikasihiNya. Dalam soal jawab antara Nabi Daud a.s dengan Tuhan tentang bagaimana sifat orang yang sangat dikasihi olehNya, Tuhan berfirman: Mestilah dia bertakwa hatinya. Yakni menjalankan segala perintah Tuhan dan menjauhi segala laranganNya sebagai tugas yang utama secara ijmali. Kemudian bersih kedua-dua belah tangannya, yakni daripada segala rupa penganiayaan. Bukan hatinya sahaja bertakwa, tetapi sifatnya yang suka menipu orang, mengkhianati orang, merampas hak orang dan sebagainya. Ini bukanlah sifat seorang mukmin yang hakiki. Sebab ALlah s.w.t. akan menolak takwanya, apabila perhubungannya dengan sekalian hamba-hambaNya tidak menyenangkanNya.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 27, 2004 16:56:01 GMT 8
org yg paling di cintai syaitan..
umat Nabi MUhammad SAW yg sentiasa alpa dlm menunaikan kewajipan pada Allah SWT..
|
|
|
Post by kuzy on Apr 27, 2004 17:04:36 GMT 8
so bagi mereka yang putus cinta... dan mengambil jalan salah sebagai cara mencari ketenangan..... ha jangan bimbang anda mendapat cinta dai seseorang.... iaitu setan..... ha berwaspada
|
|
|
Post by kiasannaluri_cute on Apr 27, 2004 21:14:08 GMT 8
so bagi mereka yang putus cinta... dan mengambil jalan salah sebagai cara mencari ketenangan..... ha jangan bimbang anda mendapat cinta dai seseorang.... iaitu setan..... ha berwaspada erm..waspadalah cinta setan kerana akan merosakkan diri....sebaliknyer carilah cinta yg hakiki iaitu cinta Ilahi semoga memperolehi ketenangan yg sejati.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 28, 2004 1:48:03 GMT 8
Yang Tersirat di Sebalik 4
4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya 2. Pandai bermanis muka dengan musuh 3. Pandai melihat kesempatan 4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki 2. Menjauhi menyakiti hati orang 3. Lekas memberi ampun 4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu 2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji 3. Bagus jawabnya 4. Banyak benarnya
4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia 2. Pendendam 3. Penggunjing 4. Memburukkan kawan
4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih 2. Sudi menolong 3. Sudi menghindarkan selisih 4. Menjauhi munafik
4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya 2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik 3. Baik budinya 4. Suka berterima kasih
4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan 2. Agama dengan taqwa 3. Amal dengan niat 4. Kemuliaan dengan kelebihan
4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan 2. Redha menerima sedikit 3. Berbuat kebaikan setiap hari 4. Memelihara lidah
4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani 2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang 3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh 4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, * WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, * WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, * WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN * WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
|
|
|
Post by KomOt on Apr 29, 2004 0:46:58 GMT 8
|
|