beringatlah wahai x-iic or iic student
Assalamualaikum warah matullah..
>>
>>DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA
>>
>>Tolong sampai-sampaikan ...Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
>>keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
>>
>>Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya
bermaksud
>>"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
>>sesuatu
>>perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
>>
>>Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
>>apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
>>pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
>>
>>Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti
>>memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan
daging
>>manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
>>
>>Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
>>diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
>>
>>Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
>>orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
>>menerima pembalasannya diakhirat.
>>
>>Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
>>mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
>>zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
>>sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
>>sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
>>dan
>>Ibnu Hibbad)
>>
>>Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan
lagi
>>sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh
semua.
>>
>>Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya
>>diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
>>perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda
Rasulullah
>>S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman
>>dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu
>>mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
>>saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
>>mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis
riwayat
>>Abu Daud)
>>
>>Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Pada
>>rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala.
>>
>>Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah
>>seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan
sebelum
>>itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering
>>sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
>>
>>Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
>>apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
>>didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
>>datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
>>melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
>>yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
>>
>>Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
>>diberikan
>>kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
>>kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat
>>nanti.
>>
>>Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
>>mengelakkan diri daripada melakukannya.
>>
>>Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
>>mengumpat.
>>
>>*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang
>>bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
>>mengajarkannya meskipun dia sudah mati.