|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 16:57:18 GMT 8
any explanation wahai atok... no explanation..but,bersabar je lah..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 16:58:18 GMT 8
.:: Panduan Pemilihan Telefon Bimbit Baru ::.
Walaupun anda seseorang yang telah berpengalaman dalam penggunaan telefon bimbit atau anda seseorang yang baru akan membeli telefon bimbit, pada saat ini memilih suatu telefon bimbit, bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Ini disebabkan oleh kerana : pesatnya perkembangan teknologi telefon bimbit itu sendiri banyaknya produk telefon bimbit dengan semakin banyaknya syarikat besar yang terjun kedunia ini kedua hal ini semakin menyulitkan kita untuk memilih jenis telefon bimbit yang akan kita beli. Kerana pada saat kita beli dengan harga dan teknologi yang menurut kita sudah cukup pada saat membeli, maka tidak mungkin hanya dalam waktu enam bulan telefon bimbit kita itu sudah masuk kedalam klasifikasi teknologi tua dan harganya sudah jauh menurun.
Untuk itu dibawah ini akan diberikan beberapa petunjuk untuk dapat memilih telefon bimbit yang sesuai dengan anda:
Harga
Seperti membeli barang lainnya harga tentu saja termasuk salah satu faktor paling penting dalam memilih telefon bimbit. Dengan begitu banyaknya produk telefon bimbit dengan segala macam modelnya, anda dapat menentukan kadar harga dari telefon bimbit yang anda inginkan. Harga telefon bimbit baru pada tulisan ini dibuat (Mei 2003) beraneka ragam dengan kadar dari Rm150 hingga Rm3000.Tetapi harga untuk telefon bimbit yang cukup memadai adalah dalam lingkungan Rm800. Tentu saja masih ada telefon bimbit second-hand yang harganya juga bermacam-macam.
Bentuk dan penampilan
Seperti harganya yang sangat bermacam-macam, maka bentuk dan model dari telefon bimbit juga berjenis. Pada umumnya, perkembangan telefon bimbit saat ini adalah semakin kecil dan semakin ringan. Ada handphone yang mempunyai flip atau biasa disebut flip type, ada yang dapat diubah-diubah bahagian depannya dengan warna dan design yang dikendaki...dan sebagainya.Semua pemilihan ini tergantung dari anda sendiri untuk memilihnya sesuai dengan selera anda.
Untuk selanjutnya dalam pemilihan telefon bimbit ada beberapa faktor yang penting untuk diketahui, yang dapat dilihat dibawah ini :
Sistem "band" pada GSM
Sistem GSM beroperasi pada frekuensi atau biasa disebut "band" yang berbeza. Ada tiga band yang umumnya dikenal iaitu 900, 1800 dan 1900 ini menunjukkan frekuensi 900MHz, 1800Mhz dan 1900MHz. Di Malaysia saat ini operator network yang ada seperti Maxis, Celcom berfungsi pada band 900MHz manakala TmTouch, TimeCell, Digi yang mengunakan band 1800MHz. Sedangkan band 1900MHz, biasanya digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada. Telefon bimbit yang ditawarkan oleh produk di Malaysia, untuk yang model lama biasanya hanya untuk single band iaitu 900MHz kadangkala 1800MHz. Model-model baru telefon bimbit rata-rata dual band iaitu untuk 900MHz dan 1800Mhz, juga ada produk yang menawarkan telefon bimbitnya dengan Triple Band, iaitu untuk 900MHz, 1800MHz dan 1900MHz. Untuk pemilihan telefon bimbit dari sudut band ini, memang bergantung dari anda sebagai pembeli. Bila akan mengunakan SIM Card dari operator yang sudah lebih dahulu beoperasi, maka single band handphone sudah cukup. Tapi untuk dapat mempergunakan band 1800MHz seperti Celcom dan Maxis sebaiknya cari telefon bimbit yang dual band, 900MHz dan 1800Mhz. Untuk memilih band mana, tentu saja ini berkait untuk saat ini di Malaysia. Secara teori network dengan band lebih lebar tentu saja akan menghasilkan suara yang lebih jelas dan mantap, terutama bila terjadi perbualan antara network yang sama dan band yang sama. Tapi dari segi jangkauan tentu saja operator lama, sudah mempunyai daya jangkau yang lebih besar.Juga perlu diingat bahawa biasa saja operator yang lama, menyediakan faksiliti mereka pada band 1800MHz. Kerana itu sebaiknya bila anda memilih handphone baru, pilihlah yang mempunyai faksiliti dual band atau mungkin triple band, kalau anda sering melancong keluar negeri.
Paparan atau fungsi standart
Model manapun dari telefon bimbit yang anda pilih, biasanya mempunyai paparan atau fungsi-fungsi standart. Paparan standart ini adalah seperti misalnya phone book, automatic redial, keypad lock, call timers, speed dialing, battery life, signal, kemampuan text messaging (SMS), incoming dan outgoing log, ringing options, dan lainnya yang biasanya merupakan paket standart pada telefon bimbit.
Paparan tambahan atau fungsi tambahan lain yang lebih canggih
Selain paparan standart seperti diuraikan diatas, maka dengan berkembangnya teknologi, para pembekal menambahkan paparan yang lebih advance atau lebih maju dan canggih. Penambahan pada paparan standart adalah kapasiti memory phone book lebih besar, fasiliti gegaran, fasiliti melody composer untuk ringtone, fasiliti menerima dan mengirim ringtones atau logo/gambar, dial dengan voice atau biasa disebut voice activated dialing, one touch voiemail retrieval, organiser pada telefon bimbit, games dll.Selain itu ada pengeluar yang menawarkan telefon bimbitnya dengan fasiliti MP3, peningkatan fasiliti dalam aplikasi SMS dan sebagainya. Semua features ini tentu saja membuat pelanggan mempunyai pilihan bermacam untuk menentukan pilihan telefon bimbit yang akan dibelinya, walaupun kadang-kadang ini,membuat pening kepala juga, kerana fasiliti "X" yang ada pada handphone A belum tentu ada pada handphone B yang mungkin secara umum lebih baik menurut pilihan kita.
Telefon bimbit dan Teknologi masa depan
Faktor lain yang perlu diperhatikan dalam pemilihan telefon bimbit adalah hubungan telefon bimbit itu sendiri teknologi masa depan atau dengan internet. Kerana seperti diketahui dua industri ini iaitu industri internet dan industri telefon bimbit atau handphone adalah dua industri yang saat ini berada di tahap tinggi industri secara keseluruhan.
Sebenarnya secara sederhana, kategori telefon bimbit sebenarnya dapat dibahagi atas 3 bahagian iaitu : telefon bimbit dasar dengan "voice-only", web/internet telefon bimbit dan smart telefon bimbit. Harga dari telefon bimbit dasar dengan "voice-only" adalah yang paling murah dan seterusnya.
Sedangkan web/internet telefon bimbit adalah telefon bimbit yang mempunyai miniwebrowser yang dapat mengakses web/internet. Yang paling terkenal saat ini adalah apa yang dinamakan WAP. Dengan telefon bimbit dan fasiliti WAP maka kita dapat melayari di laman internet yang menyediakan jsa dengan fasiliti WAP, sehingga kita dapat menerima berita mengenai cuaca, horoskop, harga saham, berita dan lainnya melalui telefon bimbit kita. Selain itu ada teknolgi baru yang dinamakan GPRS yang membuat transmisi data dari telefon bimbit akan lebih cepat dari telefon bimbit tanpa fasiliti GPRS. Juga ada Bluetooth sebuah teknologi yang dapat membuat handphone "berbual" dengan peralatan elektronik lainnya dalam jarak dekat melalui signal radio. Misalnya headset telefon bimbit anda yang biasanya masuk melalui sebuah kabel pada htelefon bimbit anda, dengan teknologi ini akan berupa headset tanpa kabel sehingga anda dapat meletak telefon bimbit anda pada jarak yang telah ditentukan (biasanya sekitar 10 m) dan anda dapat bergerak bebas berbual melalui headset anda.Juga sedang dikembangkan sistem 3G yang akan membuat telefon bimbit saat ini nampak seperti telefon bimbit yang sudah sangat uzur.
Smart phones adalah telefon bimbit dengan tambahan fasiliti selain minibrowser juga memberikan fasiliti Personal Digital Assistant (PDA). Fasilitai PDA biasanya meliputi kelendar, address book, contact manager, to-do list, alarm, scheduler, dan calculator. Smart phones ini juga mempunyai memory yang lebih besar dalam dirinya, sehingga dapat menyimpan data yang lebih banyak.
Talk dan Standby Time
Hal lain yang patut diperhatikan dalam pemilihan telefon bimbit adalah masalah dengan bateri dari telefon bimbit itu sendiri. Bateri ini biasanya berkait dengan apa yang dinamakan dengan Talk and Standby Times. Talk and Standby Time ini bervariasi pada handphone yang ada pada pasaran, ianya bergantung pada jenis bateri yang dipakai oleh handphone itu sendiri.Talk Time adalah jumlah waktu yang akan habis bila handphone dipakai terus menerus berbual, sedangkan Standby Time adalah jumlah waktu bateri akan habis bila tidak diadakan pembualan tetapi telefon bimbit dalam keaadaan menyala atau on.
Selamat memilih telefon bimbit............
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 19:23:41 GMT 8
.:: Smartphone terbaru Nokia ~ Flips and twist ::.Berasaskan kepada series 60-6260 merupakan smartphone terbaru Nokia flips, twist and folds yang dilengkapi dengan kamera VGA, bluetooth dan mempunyai konfigurasi 'push to talk'. Pada satu sidang akhbar nokia yang diadakan di Singapura dan Helsinki, Nokia kini memperkenalkan smartphone berbentuk 'twist and fold'. Telefon bimbit ini merupakan telefon bimbit professional yang memperkenalkan kita kepada fungsi teknologi yang canggih termasuklah 'push to talk', program yang membolehkan kita melihat dokumen dan presentation, Bluetooth dan juga Kamera VGA. Smartphone tri-band GSM/GPRS ini mempunyai ciri ciri 'semi-innovatife swivel design' yang selama ini telah diimplemenasi oleh LG Electronics dan Samsung. Berasaskan symbian OS dan berplatformkan series 60, 6260 boleh digunakan untuk bercakap dan dalam waktu yang sama skrinnya boleh diputarkan dengan display menghala keluar untuk membolehkan kita sebagai pengguna menggunakan applikasi web, boleh dipusingkan ke mana mana arah untuk menggunakan atau mengaktifkan kamera dan boleh dilipat sekirnya tidak digunakan untuk memudahkan simpanan di dalam poket dan sebainya. Inovasi 'push to talk' memudahkan pengguna untuk mencapai perbualan pantas samada secara perseorang atau berkumpulan dengan hanya mengaktifkan butangnya.6260 ini juga didatangkan dengan pelbagai software antaranya software bagi memaparkan dokumen dan presentation samada ia disimpan di dalam memory hanphone ini atau diterima melalui attachment dari pihak luar.. Sebagai tambahan, utiliti data sinnchronization yang menggunakan standard SyncML membolehkan kita update kalender, contacts dan juga to do list. Selain daripada itu 6260 dilengkapkan dengan mobile XHTML dan HTML browser juga software untuk streaming audion dan video. Dari segi memori pula adalah sama dengan telefon bimbit series 60 yang lain namun begitu ia juga membolehkan kita menggunakan MMC kad memori untuk menambahkan memori.. Dari segi fizikalnya pula, ia bukan sahaja menarik tetapi juga berteknologi tinggi di mana ia mempunyai wireless keyboard. Dengan penggunaan teknologi Bluetooth, wireless keyboard ini mempunyai pelbagai kegunaan antaranya mempunyai shortcut keys bagi memudahkan kita mengakses applikasi yang sering digunakan.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 20, 2004 13:07:24 GMT 8
sekarang ni byk sgt tipon....sampai tak tahu....mana satu jenis nyer....teknologi sekarang mmg canggih...
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 25, 2004 13:52:45 GMT 8
sekarang ni byk sgt tipon....sampai tak tahu....mana satu jenis nyer....teknologi sekarang mmg canggih... biasalah..manusia makin maju!
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 18, 2005 10:04:37 GMT 8
Smart gile ahh phone Nokia tu....tp...mmg pon....phone2 Nokia smue menang gaya....tu yg gempak tu...tp nk bt camne....Aku Anti Nokia !@# Hahahhaha
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 18, 2005 11:46:49 GMT 8
yo lah....... anti nokia tu yang pakai segem tu
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 19, 2005 11:22:14 GMT 8
yo lah....... anti nokia tu yang pakai segem tu Biase...eh..bkan Sagem la...Samsung....Samsung Rules !@# Hahahhaha
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 31, 2005 10:14:59 GMT 8
Smart gile ahh phone Nokia tu....tp...mmg pon....phone2 Nokia smue menang gaya....tu yg gempak tu...tp nk bt camne....Aku Anti Nokia !@# Hahahhaha puji..pastu anti plak!pelik btul mamat ni..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 31, 2005 10:38:04 GMT 8
yo lah....... anti nokia tu yang pakai segem tu ape brg segem kan?
|
|
|
Post by Dexter love cats on Feb 5, 2005 9:07:57 GMT 8
puji..pastu anti plak!pelik btul mamat ni.. Hehheeh....nk bt cmne? mmg btul....tp...dh x suke...x leh gk Tok...
|
|
|
Post by Dexter love cats on Feb 5, 2005 9:09:38 GMT 8
ape brg segem kan? Heheh...eh..ok pe Sagem.....bleh la....4 bintang
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2005 16:41:48 GMT 8
Hehheeh....nk bt cmne? mmg btul....tp...dh x suke...x leh gk Tok... ooo..mcm tu!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2005 16:43:51 GMT 8
Heheh...eh..ok pe Sagem.....bleh la....4 bintang nokia 10 bintang..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Mar 2, 2005 13:48:58 GMT 8
atok gune nokia 3100...klu nenek tel,atok loud kan speaker kan tok..
|
|